Hari 1: Adakah Kamu Bersedia?
- Komuniti Digital 06
- Aug 7
- 2 min read

Tarikh: 7 Ogos 2025
Ayat Fokus: Mazmur 25:12
Shalom! Selamat datang ke 40 Hari Puasa & Doa sempena Hari Malaysia 2025! Tahun ini, kita akan berbicara tentang Berjalan Di Dalam Takut Akan Tuhan. Setiap hari, kita akan belajar sedikit demi sedikit tentang apa maksudnya dan apa yang terjadi apabila kita memilih untuk takut atau tidak takut akan Tuhan.
Mari kita lihat ayat tema kita …
“Siapakah manusia yang takut akan TUHAN? TUHAN akan mengajarnya di jalan pilihan-Nya.” (Mazmur 25:12, AVB)
Daripada menggunakan perkataan ‘manusia’ dalam ayat ini, cuba gantikan dengan ‘budak lelaki,’ ‘budak perempuan,’ ‘remaja,’ atau bahkan nama kamu sendiri. Cubalah sekarang.
Baca semula ayat ini dan masukkan nama kamu seperti ini: “Siapakah [nama kamu] yang takut akan TUHAN?”
Apa jawapannya? [Nama kamu] ialah orang yang TUHAN akan bimbing atau ajar apabila [dia] takut akan TUHAN.
Apa yang akan TUHAN ajarkan? Dia akan mengajar “jalan pilihan-Nya.” Walaupun ‘harus’ adalah jalan yang terbaik untuk diambil, keputusan tetap berada di tangan kamu. TUHAN tidak pernah memaksa kita melakukan sesuatu.
Adakah kamu akan memilih untuk takut akan TUHAN? Marilah kita berjalan dalam takut akan Tuhan bersama-sama. Adakah kamu bersedia untuk memulakan?
Renungkan: Saya harus memilih untuk berjalan dalam takut akan Tuhan.
Doa Hari Ini:
Ya Tuhan Yesus, saya mahu berjalan dalam takut akan Engkau supaya saya dapat belajar daripada Mu. Bukalah telinga saya. Persiapkan hati saya untuk menerima Engkau sebagai Guru saya. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.
Gereja:
Berdoalah agar kita tidak takut akan apa pun, termasuk kegelapan, kematian, atau iblis, tetapi sebaliknya hanya takut akan Tuhan, Satu-Satunya yang menyelamatkan dan menghakimi kita. (Baca Ibrani 2:15)
Bangsa:
Berdoalah agar rakyat Malaysia saling melayani dengan baik serta sentiasa bertutur dan bertindak dengan penuh hormat terhadap budaya, bahasa, dan agama masing-masing.
Comments