top of page

Hari 10: Timotius yang Pemalu


ree

Tarikh: 16 Ogos 2025

Ayat Fokus: 2 Timotius 1:7-9


Adakah kamu seorang yang pemalu? Adakah kamu mudah rasa malu atau merasa rendah diri dengan apa yang kamu percayai atau bahkan menjadi seorang Kristian? Timotius adalah begitu. Itulah sebabnya saya memanggilnya, ‘Timotius yang Pemalu’.


Mentornya, Paulus mengingatkannya bahawa kerana dia memiliki Roh Kudus, dia tidak mempunyai roh ketakutan. Sebaliknya, dia memiliki Roh kuasa, kasih, dan tatatertib. WOW! Dia tidak perlu mempunyai jenis ketakutan yang salah.


Dia memiliki segala ajaran yang indah dari Kitab Suci dan berkat berjalan dalam takut akan Tuhan, yang merupakan ketakutan yang benar. Dia juga memiliki kurnia yang perlu dia gunakan untuk kebaikan semua orang yang percaya kepada Yesus Kristus.


Walaupun begitu, Timotius terlalu pemalu untuk menggunakan kurnia itu. Mungkin kerana dia muda. Orang Kristian pada masa itu juga dianiaya dengan hebat, menjadikan berbicara tentang Yesus sangat berbahaya. Jadi dia tergoda untuk merasa malu dengan nama Kristus, umat Nya, dan menyampaikan Injil.


Tetapi, tahukah kamu, dia akhirnya menjadi seorang lelaki yang berani dan kuat di dalam Tuhan. Dia menjadi pemimpin yang hebat terutamanya di gereja di Efesus. Dia mengajar mereka dengan baik, membimbing mereka kerana dia mengenal Kitab Suci dengan sangat mendalam. Ini adalah sebahagian daripada berkat generasi dari nenek dan ibunya. Timotius memilih apa yang dia harus pilih, dan berubah dari pemalu kepada memiliki keberanian yang besar. Ini bermakna dia memiliki keyakinan dan keberanian yang datang dari berjalan dalam takut akan Tuhan.


Renungkan: Takut akan Tuhan dapat memberikan saya keberanian dan keyakinan untuk memberitakan Yesus kepada orang lain.


Doa Hari Ini:

Bapa Syurgawi, saya sering merasa malu untuk berkongsi tentang Yesus kepada orang lain. Tolong saya untuk berjalan dalam takut akan Tuhan supaya saya dapat memiliki keberanian yang datang dari Engkau bagi membolehkan cahaya saya bersinar. Dalam nama Yesus saya berdoa. Amin.


Gereja:

Berdoalah agar kita mempersiapkan diri dengan mengenali Tuhan lebih dalam melalui doa dan pembacaan Firman Nya, supaya kita dapat melayani-Nya tidak kira berapa usia kita. (Baca Kisah Para Rasul 13:36)


Bangsa:

Berdoalah agar Tuhan membantu para pemilik perniagaan dan pekerja mereka mengatasi kesukaran akibat sistem cukai digital yang baru (e-invois).

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page