Hari 11: Kesombongan
- Komuniti Digital 06
- Aug 17
- 2 min read

Tarikh: 17 Ogos 2025
Ayat Fokus: Kejadian 11:1-9 dan Yehezkiel 28:2
Di sekolah, Cikgu Musa bertanya, “Apa maksud perkataan ‘akibat’?” Tangan Charlotte segera terangkat dan dia menjawab, “Keputusan. Seperti jika kita buat salah, kita dihukum, tetapi jika kita buat betul, kita dipuji dan/atau diberi ganjaran.” “Sangat bagus, Charlotte!” kata Cikgu Musa. “Apabila kamu mendengar dengan baik di kelas, buat kerja rumah dan belajar dengan tekun, akibatnya biasanya baik.”
Cikgu Hannah juga membincangkan ‘akibat’ di Sekolah Minggu. Dia mengajar tentang akibat TIDAK takut akan Tuhan. Dia memberitahu kelas bahawa suatu masa dahulu semua orang bercakap dalam satu bahasa sahaja. Jadi, mereka saling memahami dan bersatu.
Mereka menjadi sangat sombong dan mahu membina sebuah menara yang mencapai ke langit. Mereka fikir ini akan menyatukan semua orang. Mereka berkata, “Ayuh kita bangunkan sebuah kota raya dan sebuah menara yang puncaknya menanjak sampai ke langit. Mari kita cari nama bagi diri kita, supaya kita tidak berserakan ke seluruh muka bumi.”
“Boleh teka apa yang mereka terlupa?” tanya Cikgu Hannah. “Mereka terlupa bahawa Allah yang mengawal dan bahawa mereka harus berjalan dalam takut akan Tuhan. Semasa menara itu dibina, TUHAN mengelirukan bahasa mereka. Mereka yang bercakap bahasa Mandarin bergerak ke arah China, manakala mereka yang bercakap bahasa Sanskrit pergi ke India. Bahasa lain termasuklah Latin, Sepanyol, Perancis dan banyak lagi. Dan mereka pun tersebar.”
“Daripada berjalan dalam takut akan TUHAN, hati mereka menjadi sombong. Mereka mendapat akibat yang mereka paling takuti. Seolah-olah mereka fikir mereka adalah tuhan. Dengan hati yang sombong, mereka tersebar di seluruh muka bumi” (Lihat Yehezkiel 28:2)!
Renungkan: Takut akan Tuhan menghalang saya daripada menjadi sombong.
Doa Hari Ini:
Allah Bapa, saya tahu Engkau adalah Allah yang penuh kasih dan penyayang, yang mahu saya berjalan dalam takut akan Engkau, dan mengajar saya jalan yang harus saya pilih. Bantulah saya untuk tidak melupakan-Mu, atau menjadi sombong dan melakukan perkara mengikut cara saya sendiri. Saya memohon ampun atas masa-masa saya tidak melakukan apa yang sepatutnya saya lakukan yang dapat menyenangkan hati-Mu. Saya perlahan-lahan belajar bahawa cara-Mu sebenarnya adalah cara yang terbaik. Dalam nama Yesus, saya berdoa. Amin.
Gereja:
Berdoalah agar kita cepat mengakui kesalahan kita. Berdoalah agar kita segera datang kepada Yesus, memohon pengampunan-Nya, dan meminta pertolongan untuk mengatasi dosa yang berulang seperti berbohong, mengucapkan kata-kata jahat, memiliki pemikiran jahat, dan membuli mereka yang lemah. (Baca Yohanes 14:26)
Bangsa:
Ramai anak muda sukar mencari pekerjaan yang sesuai. Berdoalah agar para usahawan memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai pengalaman kerja untuk dilatih, dan agar anak muda tidak terlalu memilih pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka.


Comments