top of page

Hari 15: Buah Roh Vs Sifat Dosa


ree

Tarikh: 21 Ogos 2025

Ayat Fokus: Galatia 5:19-25


Pernahkah kamu mencuba mewarnai baju T-Shirt dengan teknik tie-dye? Menurut YouTube, kamu perlu melembapkan baju terlebih dahulu, kemudian lipat dan ikatkan dengan getah untuk mengekalkannya dalam lipatan. Kemudian, sapukan warna pewarna di sana sini mengikut kehendak kamu. Selepas itu, masukkan baju ke dalam beg plastik tertutup untuk memastikan ia kekal lembap selama enam hingga lapan jam, atau semalaman. Keesokan hari, keluarkan baju tersebut dan - wow! - kamu kini mempunyai T-Shirt berwarna-warni yang baru.


Beberapa hari yang lalu kita telah berbicara tentang akibat buruk apabila tidak takut akan Tuhan. Apabila seorang pengikut Yesus Kristus menjauh, ia biasanya berlaku secara perlahan. Ia mengambil masa, seperti mewarnai dengan tie-dye. Orang itu tidak menyedarinya, tetapi orang lain dapat melihat terutama sekali apabila dia mula bercakap dengan sombong, menggunakan bahasa kasar, menjadi tamak, keduniaan, dan sebagainya. Kita menyebut ini sebagai ‘menyesuaikan diri’ dengan dunia - kelihatan dan bertindak seperti orang lain. Inilah cara sifat dosa kita bekerja secara automatik.


Tuhan mengajar kita untuk ‘berubah’ - bertukar dari perilaku yang salah kepada perilaku yang benar. Itu adalah menjadi seperti Yesus. Ia sukar dan bertentangan dengan sifat dosa kita, tetapi Roh Kudus dalam diri kita akan membantu kita. Semakin kita takut akan Tuhan, semakin banyak buah yang kita hasilkan. Akan ada kasih, sukacita, dan damai sejahtera. Kita akan lebih sabar dan murah hati. Kita akan mempunyai lebih banyak kebaikan, lebih setia dan lemah lembut. Kita akan mempunyai lebih banyak penguasaan diri. Ini juga memerlukan masa, tetapi semakin kita mendengar Roh Kudus dan mematuhi Firman Tuhan serta petunjuk-Nya, semakin jelas ia akan menunjukkan bahawa kita sedang berjalan dalam takut akan Tuhan dan menjadi lebih bijak dengan hikmah Tuhan. Mari kita teguh berdiri dan berdoa.


Renungkan: Takut akan Tuhan membantu kita menghasilkan lebih banyak buah Roh Kudus.


Doa Hari Ini:

Abba Bapa, saya bersujud di hadapan-Mu, memohon kebijaksanaan-Mu. Saya memilih untuk diubah menjadi lebih seperti Yesus, menghasilkan buah Roh Kudus. Bantulah saya untuk sentiasa takut akan Engkau. Dalam nama Yesus, saya memohon. Amin.


Gereja:

Berdoalah agar kita tidak mudah terpengaruh oleh orang lain untuk menginginkan perkara yang sebenarnya tidak kita perlukan, seperti kasut sukan berjenama dan telefon pintar terkini. (Baca 1 Yohanes 2:16)


Bangsa:

Berdoalah agar rakyat Malaysia bersedia menghadapi era kecerdasan buatan (AI) dan belajar menguasainya, bukannya bimbang bahawa ia akan menyebabkan kita kehilangan pekerjaan.

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page