Hari 17: Bercakap dengan Hormat Tentang Tuhan
- Komuniti Digital 06
- 4 days ago
- 2 min read

Tarikh: 23 Ogos 2025
Ayat Fokus: Mazmur 112:1
Apabila kita mengasihi seseorang, kita tidak mahu mendengar orang lain bercakap buruk tentang mereka. Kerana itulah apabila kita mendengar orang mengutuk menggunakan nama Tuhan, ia membuat kita sangat sedih. Ia menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati Tuhan. Sebaliknya, Raja Daud, yang menulis banyak Mazmur, sentiasa bercakap dan menulis dengan sangat hormat tentang Tuhan, dan sentiasa memuji-Nya.
Ia seperti yang kamu semua lakukan di Malaysia. Kamu cukup menghormati orang yang lebih tua, sama ada mereka saudara mara atau tidak, memanggil mereka ‘Datuk’, ‘Nenek’, ‘Auntie’ atau ‘Uncle’. Kamu memanggil guru ‘Cikgu’. Dan pemilik kedai kopi adalah ‘Boss’. Ini menunjukkan penghormatan dan kita perlu melakukan perkara yang sama dengan Tuhan.
Malangnya, apabila kita tidak berjalan dalam takut akan Tuhan, kita boleh memberi reputasi yang buruk kepada Tuhan. Itu bermaksud orang akan berfikir buruk tentang Allah, Tuhan Yesus, dan para pengikut-Nya. Lihat kembali Hari 6-10 tentang akibat-akibat tidak takut akan Tuhan. Ia adalah kesombongan, ucapan jahat, dan sebagainya. Jika orang tahu kamu seorang pengikut Yesus Kristus, mereka mengharapkan kelakuan yang baik dan tidak ada kata-kata buruk. Jika itu tidak berlaku, mereka akan berkata, “Huh! Jika seorang Kristian berkelakuan seperti itu, maka saya TIDAK mahu menjadi seorang Kristian!” Mereka akan menjauhkan diri dari Tuhan kerana Tuhan telah diberikan satu reputasi yang buruk.
Kelakuan dan kata-kata kita akan menunjukkan jika kita takut akan Tuhan dan berfikir dengan hormat tentang-Nya. Diberkatilah kamu apabila kamu takut akan Tuhan dan memberkati orang lain. Berikan Tuhan dan umat-Nya satu nama yang baik.
Renungkan: Takut akan Tuhan membantu kita bercakap dan bertindak dengan hormat tentang-Nya.
Doa Hari Ini:
Bapa Yang Maha Kuasa, betapa suci dan indahnya Engkau! Kami memuji Engkau dan diberkati oleh Mu apabila kami hidup dan berjalan dalam takut akan Engkau. Terima kasih. Dengan bantuan Roh Kudus, saya akan sentiasa bertindak dengan mulia dan bercakap dengan hormat tentang-Mu, untuk menghormati Nama Mu. Saya mohon dalam nama Yesus yang paling berharga. Amin.
Gereja:
Berdoalah agar kita membesar sebagai anak anak yang berani, yang tidak takut apabila orang mengejek iman kita kepada Yesus, dan agar kita tetap teguh walaupun kebanyakan rakan kita tidak mempercayai apa yang kita percaya. (Baca Ester 4:16)
Bangsa:
Berdoalah agar kita sebagai rakyat Malaysia, yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, serta Orang Asli atau Orang Asal, tidak memandang rendah antara satu sama lain, tetapi menerima setiap kaum sebagai mempunyai peranan penting dalam pertumbuhan dan pembangunan negara kita.
Comments