top of page

Hari 20: Satu Sikap Seperti Yesus


ree

Tarikh: 26 Ogos 2025

Ayat Fokus: Filipi 2:5-11


Jika Yang Dipertuan Agong Malaysia menanggalkan jubah kerajaannya, berpakaian seperti orang biasa, dan berjalan di sekitar bandar semasa perayaan Hari Malaysia, saya tertanya-tanya berapa ramai orang yang akan mengenalinya. Dia akan berjalan dalam penyamaran.


Raja segala raja kita, Yesus, benar-benar telah melakukan itu! Dia meninggalkan kekayaan yang luar biasa di Syurga dan datang ke bumi sebagai seorang manusia biasa. Dia kelihatan seperti orang lain.


Dia menyatu dan merendahkan diri, seperti seorang hamba. Kehidupan hamba tidak mudah. Mereka dimarahi dan mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan. (Adakah kamu mempunyai ‘amah’? Layanilah dia dengan baik.)


Orang yang rendah hati tidak sombong. Mereka sering membiarkan orang lain menerima ganjaran dan pujian untuk sesuatu yang baik yang telah mereka lakukan. Hamba sering merendahkan diri dan memberi penghormatan kepada tuan mereka. Yesus Raja kita datang untuk  menjadi hamba kita. Dia merendahkan diri untuk kita dengan mati di salib dan mengambil hukuman untuk dosa-dosa kita. Orang-orang yang Dia cintai dan mati untuk mereka telah melakukan ini kepada Nya kerana mereka tidak mengenali bahawa Dia sebenarnya adalah Tuhan yang datang dalam bentuk manusia.


Puji Tuhan, Dia bangkit pada hari ketiga. Suatu hari nanti, setiap orang akan bertelut kepada-Nya dan mengaku bahawa Dia adalah Tuhan, Raja segala raja. Dia juga Pencipta merek, dan Juruselamat mereka jika mereka menerima-Nya.


Sebagai seorang hamba, Yesus melakukan banyak kerja menyembuhkan orang sakit, membangkitkan orang mati, dan memberi makan ribuan orang yang lapar. Dia mahu kita menjadi hamba yang rendah hati seperti Dia. Jika kamu berjalan dalam takut akan Tuhan, kamu akan menjadi seperti itu.


Renungkan: Takut akan Tuhan membantu kita menjadi hamba-Nya yang rendah hati.


Doa Hari Ini:

Bapa yang Maha Kuasa, terima kasih kerana mengutuskan Raja Hamba Yesus ke bumi. Terima kasih kerana teladan-Nya dalam sikap hamba yang rendah hati. Semoga saya menjadi lebih seperti Dia. Dalam nama Raja Hamba Yesus, saya berdoa. Amin.


Gereja:

Berdoalah agar kita rajin membaca Alkitab dan berdoa bersama keluarga setiap hari dengan bantuan pelan bacaan Alkitab seperti Journey of Redemption Story supaya kita dapat mengenal Tuhan dengan lebih mendalam. (Baca Kisah Para Rasul 17:11)


Bangsa:

Berdoalah agar rakyat Malaysia melabur dengan bijak dan tidak menjadi mangsa penipu yang cuba menipu wang mereka. Berdoalah juga agar kerajaan mengambil langkah untuk menghentikan semua kegiatan penipuan ini.



Comments


bottom of page