top of page

Hari 26: Mandat Penginjilan

Tema: Ladang Tuaian

Demikianlah Yesus berkeliling ke semua kota dan desa; Ia mengajar dalam rumah-rumah ibadat dan memberitakan Injil Kerajaan Sorga serta melenyapkan segala penyakit dan kelemahan. (Matius 9:35)


Yesus sendiri memberikan teladan yang penting dan mengagumkan bagi kita dalam pekerjaan penginjilan Kerajaan. Dia pergi ke pelbagai kota dan desa untuk melakukan kehendak Bapa Syurgawi. Dia sangat menyedari tujuan dari panggilan-Nya.


Demikian juga kita, sebagai murid hari ini, harus mengetahui panggilan dan misi kita masing-masing. Kita harus bersedia melakukan perjalanan ekstra untuk memberitakan Injil walau dengan apa saja risiko demi Dia. Mandat memberitakan Injil harus menjadi kewajiban dan tanggung jawab setiap orang percaya dalam Kristus kerana ini adalah penghormatan dan tugas kita.


Kewujudan gereja, secara keseluruhan, memiliki nilai dan makna hanya dalam Injil Kristus. Sesungguhnya, ia wujud untuk melaksanakan pengisytiharan, perkongsian, dan pengamalan Injil, tugas yang amat diperlukan yang harus diutamakan dalam pelayanan setiap gereja dan ditegakkan sebagai tugas yang perlu dan mendesak.


Injil adalah tentang mengajar dan memberitakan Berita Baik dan memenuhi keperluan masyarakat dan komunitinya, termasuk penyembuhan segala jenis penyakit. Injil adalah Berita Baik yang diberikan Tuhan kepada umat manusia. Sesungguhnya, itu adalah kuasa Tuhan untuk menyelamatkan semua orang yang percaya. (lihat Roma 1:16)

DOA HARI INI:

  • Berdoalah agar kita memahami sepenuhnya bahawa Injil sememangnya kuasa Tuhan. Berdoa juga agar kita akan menghargai, menjalankan dan melaksanakan mandat penginjilan dengan mengongsinya ke mana sahaja kita pergi, mengisytiharkan bahawa Yesus Kristus adalah Penyelamat dan Penyembuh Yang Maha Kuasa bagi dunia, kerana hanya Injil Kerajaan yang membolehkan orang percaya menerima pengharapan kekal mereka.

  • Berdoalah agar pelayanan lelaki dapat memenuhi keperluan lelaki, dan mempersiapkan mereka untuk berfungsi dengan baik dalam peranan yang diberikan Tuhan kepada mereka sebagai individu dan pemelihara ciptaan dan pemimpin dalam keluarga mereka.

  • Berdoalah untuk rasa identiti kebangsaan yang kukuh di kalangan semua rakyat Malaysia supaya rakyat akan melihat satu sama lain sebagai satu kesatuan yang utuh tanpa mengira tradisi, budaya, bahasa dan agama yang unik.



bottom of page