DOA PUASA KEBANGSAAN Hari 5: Puasa yang menggerakkan hati Allah
- 2 days ago
- 1 min read

Bacaan Alkitab: Yesaya 58:6-9 6
Bukan! Berpuasa yang Kukehendaki, ialah supaya engkau membuka belenggu-belenggu kelaliman, dan melepaskan tali-tali kuk, supaya engkau memerdekakan orang yang teraniaya dan mematahkan setiap kuk, 7 supaya engkau memecah-mecah rotimu bagi orang yang lapar dan membawa ke rumahmu orang miskin yang tak punya rumah, dan apabila engkau melihat orang telanjang, supaya engkau memberi dia pakaian dan tidak menyembunyikan diri terhadap saudaramu sendiri! 8 Pada waktu itulah terangmu akan merekah seperti fajar dan lukamu akan pulih dengan segera; kebenaran menjadi barisan depanmu dan kemuliaan TUHAN barisan belakangmu. 9 Pada waktu itulah engkau akan memanggil dan TUHAN akan menjawab, engkau akan berteriak minta tolong dan Ia akan berkata: Ini Aku! Apabila engkau tidak lagi mengenakan kuk kepada sesamamu dan tidak lagi menunjuk-nunjuk orang dengan jari dan memfitnah.
Refleksi dari petikan di atas.
Sangat mudah untuk berpuasa daripada makanan kegemaran kita seperti kek buah, kek keju, stik, dan lain-lain. Mungkin anda dinasihatkan oleh doktor anda untuk mengelakkan makanan tertentu atas sebab kesihatan. Di sini dalam Yesaya 85:7 Tuhan memanggil kita untuk membantu atau memberi kepada yang memerlukan. Bersikap terbuka kepada suara-Nya semasa Dia memimpin kita untuk membantu dalam pelbagai cara bagi mereka yang memerlukan terutamanya mereka yang di dalam Tubuh Kristus.
Fokus Doa
1.Minta Tuhan memimpin anda kepada sesiapa yang perlu diberkati sepanjang bulan puasa ini
2.Berdoa dan minta Tuhan menunjukkan jalan yang betul bagaimana anda menjadi berkat kepada orang yang memerlukan. Contohnya: Makanan, Penginapan, Pakaian, Kewangan dan sebagainya seperti dalam Ibrani 13:2 “Jangan kamu lupa memberi tumpangan kepada orang, sebab dengan berbuat demikian beberapa orang dengan tidak diketahuinya telah menjamu malaikat-malaikat.”




Comments