top of page

Hari 27: Anak Lembu Emas


ree

Tarikh: 2 September 2025

Ayat Fokus: Keluaran 20:3


Bayangkan kamu sedang membantu sahabat baik kamu, John, bersiap untuk menghadapi ujian matematik. Selama dua bulan, kamu mengajarnya sebaik mungkin kerana dia adalah sahabat baik kamu. Suatu hari, seorang budak nakal bernama Jack, yang selalu gagal ujian, memberitahu John bahawa dia akan kelihatan lebih hebat jika dia tidak belajar dan bermain sahaja. Akibatnya, apabila tiba hari peperiksaan, John gagal dan dimarahi oleh ibu bapanya.


Bagaimana perasaan kamu jika sahabat baik kamu meninggalkan kamu dan memilih orang lain?


Kita telah belajar tentang dosa yang pertama dan hukuman akibatnya kelmarin. Hari ini, kita melihat dosa orang Israel dalam Keluaran 32, di mana mereka memilih untuk menyembah anak lembu emas dan bukannya Allah.


Tuhan kita adalah Allah yang cemburu. Dia tidak mahu kita menyembah mana mana tuhan selain Dia. Malangnya, sebagai manusia yang berdosa, kita sering tanpa sedar mencari perkara lain untuk disembah. Makanan, permainan, rakan, perhatian, dan kemasyhuran adalah antara perkara yang mungkin kita jadikan sebagai “tuhan” dalam hidup kita.


Allah berfirman: “Jangan ada padamu tuhan lain di hadapan-Ku.” - Keluaran 20:3


Orang Israel yang telah menyaksikan mukjizat Tuhan, masih memilih untuk mengikuti berhala buatan manusia. Mereka telah melihat tulah yang menimpa Mesir, menyeberangi Laut Merah, dan menerima manna dari syurga. Namun, mereka tetap meninggalkan Tuhan. Sebagai balasan, setelah diberi banyak amaran, Tuhan menghukum mereka.


Renungkan: Adakah kita tetap setia kepada Tuhan, atau kita juga memiliki “anak lembu emas” dalam hidup kita?


Doa Hari Ini:

Bapa yang di Syurga, berikanlah saya hikmah dan pemahaman akan firman Mu, agar saya dapat hidup setia mengikuti Anak-Mu, menjadi lebih seperti-Nya setiap hari, bahkan hingga ke salib. Dalam nama-Nya saya berdoa. Amin.


Gereja:

Berdoa agar kita tetap setia kepada perintah Tuhan dengan mengasihi Nya dan mengasihi sesama dengan kasih Tuhan. (Baca Matius 22:37-39)


Bangsa:

Berdoa agar rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh untuk memboikot individu, jenama, produk, atau syarikat tanpa alasan yang sah.

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page