Tema: Perumpamaan Tentang Perjamuan Besar (Lukas 14:15-24)
“Maka kembalilah hamba itu dan menyampaikan semuanya itu kepada tuannya. Lalu murkalah tuan rumah itu dan berkata kepada hambanya: Pergilah dengan segera ke segala jalan dan lorong kota dan bawalah ke mari orang- orang miskin dan orang-orang cacat dan orang-orang buta dan orang-orang lumpuh.
Kemudian hamba itu melaporkan: Tuan, apa yang tuan perintahkan itu sudah dilaksanakan, tetapi sekalipun demikian masih ada tempat.” (Lukas 14:21-22)
Ketika tuannya mendengar penolakan orang, Dia sangat murka. Kita tidak boleh menyalahkan dia kerana marah ketika dia mendengar penghinaan kasar dan penolakan sebulat suara daripada para tetamunya. Maka dia menyuruh hambanya untuk menjemput golongan bawahan. Itu adalah tindakan yang mengatakan, “Saya akan menunjukkan kepada mereka!” Tuan rumah tidak akan mempunyai rumah kosong di jamuannya. Dia akan mempunyai tetamu!
Senarai tetamu yang baharu akan penuh dengan nama orang-orang yang tidak dapat membalasnya dengan menjemputnya kembali -- orang miskin, orang lumpuh, dan orang buta. Mesej yang mendasar dapat dinyatakan seperti ini: tragedi penolakan orang Yahudi terhadap Kristus telah membuka pintu penebusan bagi orang bukan Yahudi. Berkat kerajaan tersedia untuk semua orang yang mahu datang kepada Kristus melalui iman.
Ini ialah gambar Tuhan. Telah dikhabarkan kepada kita bahawa Tuhan adalah Tuhan yang penuh kasih, dan memang demikianlah Dia. Kita diajar bahawa Tuhan mahu memberkati kita, dan Dia melakukannya. Kita diajar bahawa Tuhan hanya menginginkan yang terbaik untuk kita, dan Dia mahu seperti itu. Namun, tahukah kita bahawa Tuhan juga adalah Tuhan yang murka dan menghakimi? Mereka yang datang kepada-Nya atas undangan-Nya akan mengalami kasih dan anugerah-Nya. Mereka yang tidak menerima panggilan-Nya akan mengalami murka-Nya. Mereka yang menolak undangan Perjamuan Besar akan ditolak kemasukan mereka ke Kerajaan Tuhan. Ini akan menjadi tragedi terbesar apabila tuannya berkata, ‘Aku tidak pernah mengenal kamu! Enyahlah dari pada-Ku, kamu sekalian pembuat kejahatan!” (Matius 7:23)
DOA HARI INI:
Bapa di syurga, ampunilah mereka yang mengabaikan atau menolak undangan-Mu. Hidupkanlah hati mereka supaya fikiran mereka tidak tumpul dan bodoh. Adalah kehendak-Mu agar tidak ada yang binasa melainkan diselamatkan, dan kami berdoa untuk keselamatan orang yang kami kasihi yang masih belum mengenal Kristus. Dalam nama Yesus, Amin.
Pekerja sosial Malaysia, yang kebanyakannya adalah sukarelawan, menghadapi cabaran besar, terutamanya dengan jadual yang padat dan gaji yang rendah. Untuk membolehkan Gereja memainkan peranan utama dalam membantu golongan yang memerlukan secara amnya, berdoalah untuk lebih banyak program latihan kerja sosial berlandaskan Alkitab untuk melengkapi orang Kristian dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan. Berdoalah juga untuk kerjasama yang membuahkan hasil dan saling memanfaatkan di antara gereja dan Persatuan Pekerja Sosial Malaysia.
Berdoalah agar Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa perlembagaan baginda dengan bijaksana dan adil, berani dan tanpa keterlaluan ketika diperlukan, misalnya dalam pelantikan Perdana Menteri serta pembubaran Parlimen.
Comentários