top of page

Hari 32: Rumah Tangga Kristian


ree

Tarikh: 7 September 2025

Ayat Fokus: Kolose 3:18-24


Ingatkah kamu ketika Gimbang melawat neneknya di kampung dan melihat kaum lelaki membina rumah? Perkara pertama yang dilihatnya ialah mereka membina asas rumah. Bahagian ini menghubungkan rumah kepada tanah dan menyokong seluruh struktur. Jika asasnya tidak rata atau bengkok, maka seluruh rumah akan menjadi tidak stabil. Jadi, ini adalah bahagian yang sangat penting dan mesti dibuat dengan betul!


Semua orang yang tinggal bersama dalam satu rumah membentuk sebuah rumah tangga. Biasanya, mereka adalah ahli keluarga, tetapi kadangkala orang lain yang bukan ahli keluarga juga tinggal di situ. Sebab itu kita menggunakan istilah “rumah tangga”


Sebuah rumah tangga Kristian harus takut akan Tuhan. Itulah asas yang penting. Ia bermula dengan setiap individu. Bayangkan betapa kuatnya asas itu jika setiap individu dalam rumah tangga takut, taat, menyembah dan menghormati Tuhan. Jika mereka tahu bahawa Tuhan adalah pemegang kuasa tertinggi. Jika mereka setia kepada Tuhan dan percaya kepada Nya. Jika mereka beribadah, rendah hati, berdoa dan bertaubat atas dosa mereka.


Lebih daripada itu, setiap peranan dalam rumah tangga juga sangat penting. Bacalah ayat-ayat Kolose yang menjadi ayat fokus hari ini. Tuhanlah yang memberikan setiap kedudukan dalam rumah tangga. Isteri harus tunduk kepada suami. Suami harus mengasihi isteri dan tidak bersikap kasar kepadanya. Anak-anak harus taat kepada ibu bapa. Bapa tidak boleh membangkitkan amarah atau membuat anak-anak berkecil hati. Pekerja atau pembantu rumah juga harus taat kepada tuannya. Setiap orang dalam rumah tangga harus bekerja seolah olah bekerja untuk Tuhan sendiri! Inilah gambaran indah sebuah rumah tangga Kristian yang takut akan Tuhan bersama sama sebagai satu keluarga.


Renungkan: Adakah kamu sedang melakukan bahagian kamu untuk menjadikan rumah tangga Kristian kamu kuat?


Doa Hari Ini:

Allah Yang Maha Kuasa, saya dan keluarga saya ingin takut akan Engkau. Tolonglah saya melakukan bahagian saya dalam membina rumah tangga Kristian yang sejati. Ada sesetengah keluarga, hanya seorang sahaja yang beriman kepada Yesus. Bantu orang itu untuk tetap takut akan Tuhan sebagai individu, supaya suatu hari nanti mereka boleh membina sebuah rumah tangga Kristian sendiri dengan asas yang kuat dalam takut akan Tuhan. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.


Gereja:

Berdoa agar setiap rumah tangga Kristian mempunyai susunan keluarga yang betul, dengan suami sebagai ketua, isteri sebagai penolong, dan anak-anak sebagai pengikut. Berdoa agar kita menghormati ibu bapa dan tunduk kepada kuasa mereka sebagai ibu bapa. (Baca Efesus 5:21)


Bangsa:

Berdoa agar anggota keluarga di Malaysia saling mengasihi dan mengambil berat antara satu sama lain, supaya rumah tangga menjadi tempat yang hangat, bahagia dan penuh damai.

Comments


bottom of page