top of page

Hari 37: Saling Menggalakkan


ree

Tarikh: 12 September 2025

Ayat Fokus: Ibrani 10:24-25


“Selain dari datang ke gereja untuk mendengar Firman Tuhan, apa lagi alasan keluarga harus memilih untuk ke gereja?” tanya Cikgu Hannah kepada kelas Sekolah Minggunya. “Untuk jawapannya, tuliskan ayat Ibrani 10:24-25. Cari tujuh poin utama dan tandakan.”


Bolehkah kamu menemuinya juga?


Suzie berkata, “Saling perhatikan satu sama lain untuk menimbulkan kasih dan perbuatan yang baik.” Adam menambah, “Saling menggalakkan.” Charlotte berkata, “Menasihati.” Gimbang dan Ah Meng bertanya, “Adakah ‘terutamanya’ sebahagian daripadanya?”


“Bagus,” senyum Cikgu Hannah.


“Memperhatikan” adalah yang pertama, jelasnya. “Kita perlu memikirkan bagaimana kita boleh mengasihi dan melakukan perbuatan baik bukan hanya untuk satu sama lain tetapi juga untuk masyarakat. Saya tahu ada sebuah gereja kecil di Sabah yang telah membantu sepuluh kampung membina bangunan gereja mereka sendiri dan enam jalan untuk memasuki kampung kampung ini. Mereka juga membina prasekolah untuk sebuah gereja dan menyumbang kepada empat kampung semasa banjir besar melanda.”


“Keluarga Kristian tidak sepatutnya malas dan berkata bahawa terlalu sukar untuk pergi ke gereja. Itu adalah mengabaikan pertemuan bersama. Jika mengabaikan sekali atau dua kali, ia boleh menjadi satu kebiasaan.”


“Apakah maksud ‘Hari Tuhan kian hampir’?” tanya Gimbang.


 Cikgu Hannah menjelaskan bahawa Yesus akan kembali tidak lama lagi. Sehingga saat itu, gereja yang takut akan Tuhan harus tetap setia dan saling mendorong dalam kehidupan rohani. Itulah sebabnya sangat penting untuk saling menggalakkan dalam melakukan semua ini. Jika kita berhenti daripada berhimpun, hal ini akan menjadi sukar untuk dilakukan.


Gereja yang takut akan Tuhan akan melakukan semua perkara baik ini dengan ‘terutama lagi.’


Renungkan: Meskipun saya masih muda, saya tetap boleh mempertimbangkan dan mencadangkan bagaimana gereja saya boleh mengasihi dan melakukan perbuatan baik.


Doa Hari Ini:

Abba Bapa, saya tersenyum apabila memikirkan bahawa keluarga dan gereja saya sebenarnya boleh terlibat dalam tindakan yang dapat menggalakkan orang lain dan menjangkau masyarakat kami. Harapan dan doa saya ialah semua orang tetap setia kepada-Mu dan melalui kami, orang lain dapat datang kepada Kristus. Terima kasih untuk ayat-ayat dalam Ibrani ini. Dalam nama Yesus, saya mengucapkan syukur. Amin.


Gereja:

Berdoa agar kita saling mengasihi sebagai orang percaya dalam Kristus supaya kanak-kanak di luar gereja dapat melihat bahawa kita berbeza daripada orang lain dan tertarik dengan cara hidup kita. (Baca Ibrani 10:24)


Bangsa:

Berdoa agar kerajaan tahu bagaimana menghentikan banjir supaya orang ramai tidak perlu menghadapi lebih banyak kehilangan dan kesusahan akibat banjir.







Comments


bottom of page