top of page

Hari 38: Bersiaplah Dengan Minyak: Gadis-Gadis Bijaksana


Sedangkan gadis-gadis yang bijaksana itu membawa pelitanya dan juga minyak dalam buli- buli mereka. Tetapi karena mempelai itu lama tidak datang-datang juga, mengantuklah mereka semua lalu tertidur. (Matius 25:4-5)


Sebahagian besar kita sebagai orang Kristian bersetuju - tidak ada yang tahu bila Tuhan akan datang kembali. Perumpamaan tentang Sepuluh Gadis menimbulkan dua kebimbangan utama tentang kedatangan-Nya kembali: (1) Mempelai lelaki datang lewat dan gadis-gadis tertidur sementara menunggu kedatangannya; (2) Apakah mereka telah menyediakan minyaknya untuk memastikan bahawa pelita mereka tetap menyala ketika mempelai lelaki akhirnya tiba.


Pengkhotbah 7:8 berkata, “Akhir suatu hal lebih baik dari pada awalnya.” Peringatan Tuhan untuk akhir zaman adalah kita harus menyelesaikannya dengan baik. Dia ingin melihat kita dengan setia berjaga-jaga, melayani Dia, dan menunggu kedatangan-Nya kembali pada Kedatangan Kedua-Nya.


Hari-hari penantian kedatangan kembalinya Tuhan bukan hanya sebuah waktu yang panjang, tetapi juga sebuah perjalanan yang penuh liku-liku, naik turunnya. Kita mungkin akhirnya mengantuk dan tertidur kerana berjam-jam menunggu. Saat suara itu memanggil kedatangan mempelai lelaki, gadis-gadis terjaga. Mereka menyiapkan pelita mereka dan kembali ke tugas mereka. Yang menakutkan adalah sesetengah kita mungkin lemah dalam daging kita meskipun hati kita rela dan kehilangan semangat dan kesediaan kita untuk melayani Tuhan. Kita boleh menjadi gadis-gadis yang tidak bersedia dengan minyak, yang menyebabkan pelita pelayanan padam dan mengakibatkan kita kehilangan upah syurgawi selepas kedatangan Tuhan kembali.

Janganlah mengantuk selagi kita masih boleh menyalakan kembali kasih pertama kita kepada Tuhan, kerana seruan tengah malam itu kuat dan jelas (lihat Matius 25:6-7). Mari kita bersiap sedia dengan minyak kita, dan berjuanglah dengan baik dengan urapan Roh Kudus. Mari kita berlumba dalam perlumbaan kita dan menantikan untuk menerima mahkota kebenaran kita.


DOA HARI INI:

  • Tuhan Yesus, kiranya Engkau mencurahkan minyak baharu dan urapan-Mu yang baharu supaya kami akan terus menyalakan pelita kami dan menunggu kedatangan- Mu. Dekatkan kami kepada-Mu setiap hari, dan tolonglah kami untuk menjadi bejana yang penuh dengan kuasa kasih Tuhan supaya kami dapat menghadapi cabaran dalam pelayanan kami. Semoga Engkau membangunkan umat- Mu supaya kami semua akan menanggapi suara yang memanggil saat Engkau kembali tidak lama lagi. Amin.

  • Berdoalah untuk gereja dan organisasi Kristian yang bekerja di kalangan kumpulan kehamilan remaja. Berdoalah agar mereka mempunyai hikmat untuk membimbing remaja ini menempuh perjalanan, agar pekerjaan mereka menjadi berkat kepada keluarga terdekat remaja itu juga.

  • Dasar pekerja asing yang ketat dan kejatuhan nilai Ringgit telah menyebabkan Malaysia tidak menarik untuk pekerja asing, mengakibatkan kekurangan buruh dalam semua sektor perindustrian. Berdoalah agar kerajaan dan pemain industri dapat merangka rancangan yang menggalakkan penglibatan kedua-dua tenaga kerja tempatan dan pemerolehan tenaga kerja asing yang sewajarnya untuk mengelakkan gangguan operasi.


Comments


bottom of page