Hari 40: Kelemahan, Kekuatan & Pemenang
- Komuniti Digital 06
- Sep 15
- 2 min read

Tarikh: 15 September 2025
Ayat Fokus: Wahyu 2 & 3
Tiada seorang pun di antara kita yang sempurna. Tiada individu yang sempurna. Keluarga Kristian kita tidak sempurna. Gereja yang kita hadiri juga tidak sempurna. Tetapi mereka yang takut akan Tuhan akan cukup rendah hati untuk membiarkan Tuhan membimbing mereka dalam jalan yang harus mereka pilih.
Tujuh gereja dalam Wahyu bab 2 & 3 mempunyai kelemahan dan kekuatan masing masing. Ada yang mengikuti ajaran palsu, tetapi ada juga yang tetap setia dalam iman. Ada yang sabar menghadapi penganiayaan. Ada yang tidak mahu bertaubat dan menyebabkan nama Tuhan menjadi buruk. Salah satu gereja bahkan tidak peduli sama ada mereka hidup dalam takut akan Tuhan atau tidak. Mereka diperintahkan untuk bertaubat. Yang lain pula tetap setia walaupun mereka tidak begitu kuat — mereka tidak menyangkal bahawa mereka mengenal Yesus.
Namun, di tengah-tengah kelemahan dan cabaran mereka, ada yang menjadi pemenang yang berjaya. Yesus telah menyediakan ganjaran bagi mereka. Mereka akan makan dari pohon kehidupan yang tidak dibenarkan bagi Adam dan Hawa. Ada gereja yang menerima mahkota kehidupan, batu putih dengan nama baru, sementara yang lain diberikan manna yang tersembunyi dan kuasa atas bangsa-bangsa. Mereka akan berjalan bersama Yesus dalam pakaian putih seperti seorang pengantin. Yesus akan memperkenalkan mereka kepada Bapa Nya dan kepada para malaikat. Yang paling indah, mereka akan duduk bersama Yesus di atas takhta-Nya, dan banyak lagi.
Jika gereja-gereja zaman ini tetap setia dan berjalan dalam takut akan Tuhan, mereka juga dapat menjadi pemenang. Mereka akan diberkati dengan berkat rohani dalam Kristus, seperti tujuh gereja dalam Wahyu.
Hari ini, kita sampai ke penghujung perjalanan ini. Esok adalah Hari Malaysia. Semoga gereja Tuhan menjadi kuat dan teguh dalam iman. Mari kita berdoa agar kita semua menjadi pemenang yang berjaya kerana kita hidup dalam takut akan Tuhan.
Renungkan: Pilihlah untuk berjalan dalam takut akan Tuhan dan mentaati petunjuk-Nya.
Doa Hari Ini:
Ya Tuhan, berkatilah Malaysia! Semoga semakin ramai orang dalam negara yang kami kasihi ini hidup dalam takut akan Engkau dan memilih untuk mentaati perintah Mu. Berkatilah saya. Berkati keluarga dan gereja saya. Berkatilah kami ketika kami bertaubat atas kelemahan kami. Berkatilah kami dengan kekuatan dan tolonglah kami menjadi pemenang yang berjaya. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.
Gereja:
Berdoalah agar kanak kanak di Sekolah Minggu belajar untuk rendah hati apabila ibu bapa atau guru menegur mereka tentang ketidaktaatan kepada Firman Tuhan, kerana hanya Firman Tuhan yang dapat menyucikan dan menyehatkan roh kita. (Baca Yakobus 1:21)
Bangsa:
Berdoalah agar Malaysia dapat menghasilkan bekalan beras, sayur-sayuran, buah buahan, dan daging yang mencukupi supaya kita tidak perlu bergantung kepada import yang lebih mahal dari negara lain.


Comments