top of page

Hari 7: Bangunlah Wahai Yang Tidur!

Tema: Desakan Masa (Matius 22:1-14)


Pernahkah anda menemukan diri anda terperangkap dalam gangguan hidup, dan hal-hal yang menghabiskan waktu dan tenaga anda tidak selaras dengan panggilan Kristus? Raja memanggil orang-orang yang diundang untuk menghadiri makan malam pernikahan anaknya, tetapi ramai yang menolaknya kerana sibuk dengan segala macam aktiviti (lihat Matius 14:2-5). Ramai orang yang telah berjalan dengan Tuhan selama bertahun-tahun boleh tertidur secara rohani pada waktu yang salah.


Yunus tidur pada waktu yang salah (lihat Yunus 1:5). Simson tidur dengan orang yang salah dan di tempat yang salah (lihat Hakim-Hakim 16), menyebabkan kejatuhannya. Dan murid-murid tidur semasa waktu kritikal Yesus, gagal berjaga dan berdoa (lihat Matius 26:36-46).


Kita perlu bertanya pada diri sendiri apakah kita benar-benar terjaga dan hidup di dalam Kristus atau apakah kita membiarkan gangguan hidup menguasai kita. Kita dapat terjebak dalam hal- hal yang perlu seperti pekerjaan, keluarga, pendidikan, waktu lapang, dan bahkan pelayanan, yang secara tidak sengaja dapat menghilangkan keperluan mendesak yang kita perlukan dan menurunkan takhta Kristus dalam hati kita.


Ketika kita mengutamakan yang sementara daripada yang kekal, kita berisiko kehilangan keterdesakan bahawa Tuhan memanggil kita untuk memberitakan Injil, menjadi garam dan terang, dan berdiri di jurang bagi masyarakat yang merosot. Kita harus menumpukan pandangan kita pada Kristus dan Firman-Nya agar tidak terganggu oleh kesia-siaan dunia ini. Firman-Nya penuh kuasa, membawa kebangunan rohani dalam hati kita dan memicu keadaan mendesak untuk masa yang kita hidup.

Gangguan apa yang menghalang anda untuk berfokus pada hal-hal kekal Tuhan dan memberitakan Injil kepada orang lain? Luangkan masa hari ini untuk berurusan dengan hal-hal itu.


DOA HARI INI:

  • Tuhan Yesus, bangunkan kami dalam Roh-Mu jika kami telah tertidur pada saat ini apabila kami sepatutnya berjaga-jaga untuk siap melayani tujuan-Mu. Jauhkan kami daripada gangguan yang tidak bernilai dan biarkan fikiran dan roh kami dipenuhi oleh kedahsyatan-Mu. Amin.

  • Berdoalah agar Tuhan mengurapi mereka yang melayani di kalangan janda, dan agar janda-janda itu akan mengalami jamahan lembut daripada Tuhan dengan penyembuhan emosi dan fizikal. Berdoalah agar mereka dapat melepaskan diri daripada kekurangan kewangan, dan mencari cara untuk menyara diri dan keluarga.

  • Kadar kemiskinan di Malaysia telah bertambah baik daripada 7.6% pada 2016 kepada 5.6% pada 2019 (seperti yang disemak semula Pendapatan Garis Kemiskinan pada 2019) dengan kadar kemiskinan tegar sebanyak 0.4%. Sabah kekal sebagai negeri termiskin dengan 25.3% penduduk hidup di bawah Garis Kemiskinan, diikuti Kelantan (21.2%) & Sarawak (12.9%) dalam perangkaan 2020. Berdoalah untuk kesungguhan politik bagi kerajaan persekutuan dan negeri untuk melaksanakan dasar kemajuan dan pembangunan yang sewajarnya dan bekerjasama rapat dengan sektor swasta untuk mengenal pasti faktor-faktor mendasari untuk mengurangkan kemiskinan di negara ini.


Comments


bottom of page