top of page

Hari 8: Belas Kasihan Tuhan


ree

Tarikh: 14 Ogos 2025

Ayat Fokus: Lukas 1:50


Saya mempunyai seorang sahabat yang moyang dan datuknya pergi ke China dan Hong Kong sebagai misionaris. Bapanya melakukan kerja misi di Ethiopia, Singapura, Jepun, dan Sabah, di mana dia bekerja sebagai seorang doktor. Sahabat saya membesar dan menjadi seorang misionaris. Dia melakukan beberapa kerja misi di negara asalnya dan di Singapura. Salah seorang anak perempuannya bekerja di Afrika, dan seorang cucunya menyertai YWAM dan pergi menjalankan misi ke Belanda dan Jepun untuk beberapa waktu. Ini adalah enam generasi di mana baton berjalan dalam takut akan Tuhan diteruskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Begitulah cara mereka melayani Tuhan. Bukankah itu menakjubkan?!


Belas kasihan Tuhan telah ada pada mereka dari satu generasi ke generasi yang lain, seperti yang dikatakan dalam Lukas 1:50. Hidup sebagai seorang misionaris bukanlah mudah dan terdapat banyak kesulitan serta tuduhan palsu. Tetapi, kerana mereka takut akan Tuhan, Dia menunjukkan belas kasihan-Nya kepada mereka. Lukas 1:51 berkata Tuhan “telah menunjukkan kekuatan tangan Nya.” Inilah yang Tuhan lakukan untuk keluarga tersebut. Semua ini adalah sebahagian daripada berkat generasi.


Apa itu ‘belas kasihan Tuhan’? Ia adalah “ketika Tuhan menunjukkan belas kasihan dan mengampuni dosa-dosa orang, menahan hukuman atau menyediakan keperluan mereka.” Melalui segala rintangan, Tuhan memberikan dan masih menyediakan untuk sahabat saya dan keluarganya dengan perbuatan-perbuatan besar-Nya. Inilah yang Tuhan lakukan untuk umat-Nya. Terpujilah Tuhan.


Renungkan: Takut akan Tuhan membawa kita kepada belas kasihan-Nya.


Doa Hari Ini:

Bapa Yang Maha Kuasa dan Maha Pengasih, Engkau adalah Allah yang penuh belas kasihan yang menunjukkan kasih, pengampunan, dan menyediakan keperluan kami, anak-anak-Mu yang takut akan Engkau. Terima kasih atas penjagaan-Mu, semoga ia meluas kepada semua generasi saya yang akan datang apabila mereka berjalan bersama-Mu dalam takut akan Tuhan. Dalam nama Yesus saya berdoa. Amin.


Gereja:

Berdoalah agar kita terinspirasi oleh kesaksian indah yang dikongsi oleh ibu bapa dan guru-guru kita tentang Tuhan, serta agar kita juga mempunyai kesaksian yang memberkati dan menggalakkan orang lain. (Baca Mazmur 145:4-7)


Bangsa:

Berdoalah agar kanak kanak, lelaki dan wanita, tua dan muda, turut serta dalam menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan perumahan kita, dengan kehijauan yang terjaga serta acara komuniti yang mesra, supaya masyarakat kita menjadi tempat yang lebih baik untuk didiami.


Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page