Hari 9: Lois, Eunike & Timotius
- Komuniti Digital 06
- 7 days ago
- 2 min read

Tarikh: 15 Ogos 2025
Ayat Fokus: 2 Timotius 1:3-7
Kisah Timotius muda adalah satu lagi contoh hebat tentang baton berkat generasi yang diteruskan kepada generasi seterusnya. Dia memiliki apa yang dipanggil sebagai ‘iman yang tulus’. Namun, dia tidak mendapatnya dalam sekelip mata. Nenek dan ibunya mengukir firman Tuhan dalam dirinya melalui cara hidup mereka. Semasa dia membesar, mereka berbicara dengannya tentang Tuhan dan tentang berjalan dalam takut akan Tuhan. Mereka juga takut akan Tuhan dan Timotius melihat itu.
2 Timotius 1:5 mengatakan:
“Aku juga mengingati imanmu yang tulus ikhlas, yang mula tersemai dalam jiwa nenekmu Lois dan ibumu Eunike, dan aku yakin bertapak dalam dirimu juga.”
‘Tulus’ bermaksud kamu tidak berpura pura. Jika kamu berpura-pura beriman, itu bermakna segala-galanya hanya ada di dalam fikiranmu dan kamu tidak benar benar mempercayainya dalam hati. Berkat generasi yang diteruskan yang dibicarakan di atas adalah ‘iman yang tulus’.
Rasul Paulus juga mengucap syukur kepada Tuhan kerana nenek moyangnya yang melayani Tuhan. Dia berkata dia memiliki ‘hati nurani yang jelas’ mengenai siapa yang dilayaninya. Jika kamu ingat dari tahun lalu, ‘hati nurani’ adalah sesuatu yang memberitahu kita sama ada kita melakukan sesuatu yang salah atau benar. Hati nurani yang jelas bermakna Paulus melakukan perkara yang benar.
Iman yang tulus dan hati nurani yang jelas adalah seperti pasangan kembar yang boleh kita terima apabila kita berjalan dalam takut akan Tuhan. Iman yang tulus datang dari hati manakala hati nurani yang jelas datang dari fikiran kamu. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘berjalan seperti yang dikatakan’ dalam takut akan Tuhan. Adakah Timotius muda meneruskan baton ini? Kita akan tahu esok.
Renungkan: Takut akan Tuhan membawa kita kepada iman yang tulus dan hati nurani yang jelas.
Doa Hari Ini:
Tuhan Yesus, kembangkan iman yang tulus dalam hidup saya untuk mengikuti Engkau. Semoga saya hidup dengan segala kejujuran dan kebenaran ketika saya berjalan dalam takut akan Engkau sepanjang hidup saya supaya saya dapat meneruskan baton ini kepada anak-anak dan cucu-cucu saya suatu hari nanti. Dalam nama-Mu saya berdoa. Amin.
Gereja:
Berdoalah agar kita menjadi generasi yang hanya mencari Tuhan dan datang ke hadapan-Nya dengan tangan yang bersih dan hati yang murni. (Baca Mazmur 24:46)
Bangsa:
Berdoalah agar mereka yang tidak tahu menggunakan telefon pintar atau internet, atau yang tidak mempunyai akses kepadanya seperti warga emas dan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman akan menerima bantuan apabila mereka perlu melakukan perkara penting secara dalam talian.
Comments