top of page

Hari 9: Pergi ke Jalan-jalan Raya dan Persimpangan-Persimpangan Jalan

Tema: Desakan Masa (Matius 22:1-14)


Seruan untuk “PERGI ke Jalan Raya dan Persimpangan Jalan” adalah pengingatan akan kekuatan Injil untuk mengubah kehidupan dan membawa penyembuhan bagi dunia yang hancur. Injil memiliki kuasa untuk mengubah hati, menyembuhkan yang sakit, memulihkan kehidupan yang hancur, dan memberikan tujuan kepada individu. Namun, di sebalik potensi yang luar biasa ini, ramai antara kita tidak memiliki keyakinan, ketabahan, konsistensi, dan keberanian untuk berkongsi Injil kepada orang lain.


Ketika kita mengisytiharkan undangan Kristus, kita membawa harapan dan penyembuhan bagi dunia yang sedang mencari jawapan. Masalah dan isu yang dihadapi masyarakat kita tidak akan hilang dengan sendirinya. Terpulang kepada kita untuk menunjukkan kepada orang lain apa ertinya menjalani kehidupan dengan kebebasan, tujuan, dan iman yang sejati. Kita harus berkongsi Injil dengan perkataan kita dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.


Perumpamaan itu adalah pengingatan yang kuat akan kasih dan anugerah Tuhan yang ditawarkan kepada semua orang, tidak kira siapa mereka. Ini bukan hanya tentang akhir zaman atau penghakiman, tetapi panggilan untuk mengalami kasih dan sukacita hadirat-Nya dan masuk ke dalam hubungan yang dalam dan intim dengan-Nya.


Janganlah kita ragu-ragu untuk berkongsi Injil kepada orang lain, merangkul kekuatannya untuk mengubah hidup dan membawa penyembahan bagi dunia yang hancur. Marilah kita pergi ke jalan raya dan persimpangan jalan serta berkongsi berita baik tentang undangan Kristus dengan keberanian dan keyakinan. Ia merupakan penghormatan dan tanggungjawab kita untuk berkongsi dengan orang lain.

DOA HARI INI:

  • Yesus yang dikasihi, tolong kami untuk mengenal pasti jalan raya dan persimpangan jalan kami supaya kami tidak akan terlepas peluang untuk berkongsi tentang Kristus dengan orang lain. Sungguh suatu sukacita yang besar melihat ramai orang datang kepada-Mu dan menerima keselamatan mereka. Amin.

  • Berdoalah agar Tuhan memberi ilham kepada gereja, kelompok sel, dan individu untuk menyampaikan mesej Injil dengan cara yang relevan dan mendesak kepada keluarga, jiran, komuniti, rakan sekerja, kenalan, dan orang lain di sekeliling mereka.

  • Kos sara hidup orang ramai telah melambung tinggi selepas pandemik dan akibatnya banyak isi rumah mendapati sukar untuk menampung kehidupan. Berdoalah agar kerajaan dapat membetulkan isu ini dan mengurangkan beban rumah tangga biasa, melalui dasar ekonomi yang bijak, mengimbangi keperluan industri dan pekerja.



Comentarios


bottom of page