Pemazmur berkata kepada kita bahawa sekiranya kita mahu diberkati dan akan diberkati oleh Tuhan maka seseorang itu haruslah memiliki didalamnya roh yang menghormati Tuhan (roh yang takut akan Tuhan) dan roh yang sentiasa tunduk kepada kehendak Tuhan didalamnya.
Sesungguhnya Tuhan akan memberikan berkat-Nya kepada orang-orang yang hidup sentiasa menghormati-Nya dan sentiasa mempercayakan dirinya kepada Tuhan. Dengan kata lain “...orang yang taat kepada TUHAN pasti akan diberkati sedemikian.....” Mazmur 128:4
Oleh itu taatilah Tuhan selama hidupmu, sebab Tuhan berjanji akan mengenapi janji-Nya kepada kita, dengan memenuhi segala keperluan kita sekiranya kita hidup takut akan Dia dan hidup menurut jalan yang ditunjukkan oleh-Nya. Persoalannya adalah apakah kita mahu diberkati Tuhan selama kita hidup didunia ini?
Hidup takut akan Tuhan bererti kita akan menjalani kehidupan yang membenci segala kejahatan, membenci segala kesombongan dan keangkuhan, tingkah laku jahat dan dusta. (Amsal 8:13) Dengan itu bagi mereka yang menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan dan bekerja keras pasti akan diberkati Tuhan.
Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita telah menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan selama ini? Sebab kunci untuk mengalami berkat-berkat yang daripada surga adalah taat kepada Tuhan.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Engkau mengajar saya untuk hidup taat kepadaMu, dan menghormatiMu selama hidup saya didunia ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comentarios