top of page

Ingat Kasih Yesus Kepada Kita

“...Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini, Kristus telah menyerahkan diri-Nya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia melakukannya untuk mentaati kehendak Allah Bapa kita..” Galatia 1:4


Paulus berdoa untuk saudara-saudara jemaah-jemaah yang ada di wilayah Galatia, agar Allah Bapa dan Tuhan Kristus Yesus sentiasa baik hati kepada mereka masing, dengan menjaga mereka supaya mereka akan tetap hidup dengan tenang didalam perlindungan Bapa dan Tuhan kita Yesus Kristus.


Sebab Tuhan Yesus telah menyerahkan diri-Nya untuk menebus dosa-dosa kita, supaya kita diselamatkan daripada dunia yang jahat ini, iaitu dunia tempat kita hidup pada hari ini, sebab inilah yang dikehendaki oleh Allah Bapa kita.


Bagaimana dengan diri anda pada saat ini? Apakah respon anda terhadap tindakan yang diambil oleh Tuhan kita bagi hidup kita pada hari ini?


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur ke atas kebaikan dan kasihMu terhadap saya, dimana Engkau sanggup mati bagi dosa saya agar saya diselamatkan. Tuhan saya serahkan hidup saya kepadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page