top of page

Jadikan Yesus Sebagai Batu Penjuru Dalam Hidup

ree

“…Yesus memandang mereka lalu bertanya, ‘Jika demikian, apakah makna ayat Alkitab ini? Batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama.’...” Lukas 20:17


Oleh kerana pemberontakan dan penolakan para imam, ahli Taurat dan pemimpin orang Yahudi terhadap Yesus yang telah diutus oleh Tuhan kepada mereka, maka Yesus telah ditempatkan oleh Allah pada dasar yang sangat penting dalam sebuah bangunan. Dia ditinggikan di sebelah kanan Bapa dan segala penghakiman serta kuasa telah diserahkan ke dalam tangan-Nya.


Hal ini bererti bahawa pemberontakan dan penolakan mereka terhadap Yesus telah menyebabkan Yesus menjadi Pengharapan bagi semua orang yang menerima-Nya. Ibarat batu yang dibuang oleh pembina bangunan, Dialah kini batu yang paling utama.


Yesus dinubuatkan sebagai “Batu Penjuru”, iaitu batu yang dibuang oleh pembina namun menjadi batu paling utama. Hal ini bererti bahawa pada hari yang akan datang, penyewa-penyewa ladang yang bertindak sebagai “pemilik dan penguasa” ladang anggur akan dihakimi dan dihukum oleh Tuhan.


Demikian juga halnya dengan gereja Tuhan pada hari ini—batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama. Penolakan para imam, ahli Taurat dan pemimpin orang Yahudi terhadap Yesus membawa kebinasaan kepada diri mereka sendiri.


Oleh kerana penolakan mereka, Yesus telah ditinggikan di sebelah kanan Bapa, dan segala penghakiman serta kuasa berada dalam tangan-Nya. Dengan itu marilah kita menjadikan Yesus sebagai Batu Penjuru dalam hidup kita hari ini…


Doa: Tuhan Yesus, aku datang kepada-Mu memohon pengampunan-Mu. Sekiranya aku pernah menolak dan merendahkan Engkau dalam hidup ini, ampunilah aku. Ajarlah aku untuk mengutamakan Engkau dalam semua yang aku lakukan. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page