Jadikanlah Hidup Kita Berkat
- Komuniti Digital 05
- May 10
- 1 min read

' “Tiada seorang pun memasang pelita lalu menutupinya dengan sebuah pasu atau meletakkannya di bawah katil. Tetapi dia meletakkannya di atas kaki pelita supaya orang yang masuk dapat melihat cahayanya. ' (Lukas 8:16) AVB
Tuhan Yesus menjelaskan bahawa seseorang yang sungguh-sungguh percaya kepada-Nya haruslah melaksanakan kebenaran firman Tuhan dalam kehidupannya. Kehidupan yang diubah oleh kebenaran itu akan menelanjangkan segala kejahatan mereka yang hidup dalam kegelapan.
Dengan demikian, kehadirannya di tengah-tengah orang yang masih hidup dalam kegelapan akan dirasakan, dan ini akan memimpin mereka kepada perubahan dan kebaikan. Seorang yang percaya kepada Tuhan Yesus seharusnya menjadi seperti pelita yang menyala yang diletakkan di atas kaki pelita, supaya semua orang yang masuk ke dalam rumah dapat melihat cahayanya.
Demikianlah kehidupan setiap orang yang sesungguhnya telah menerima anugerah daripada Tuhan Yesus. Mereka haruslah melayani sesama, agar orang yang belum percaya dapat menerima berkat melalui kebenaran firman Tuhan.
Bagaimanakah kehidupan kita pada hari ini?
Adakah hidup kita benar-benar memimpin orang lain untuk melihat kebenaran firman Tuhan melalui perbuatan kita?
Adakah orang di sekeliling kita telah menerima berkat melalui kehidupan kita yang telah diubahkan oleh Tuhan Yesus?
Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan menyerahkan seluruh kehidupanku kepada-Mu. Pakailah hidupku, ya Tuhan, untuk menjadi saksi-Mu, supaya orang sekelilingku akan mengenal Engkau dan menerima berkat daripada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comments