top of page

Jagalah Cahaya dalam Dirimu dengan Baik

ree

“Oleh itu,  berjaga-jagalah  supaya cahaya dalammu itu  tidak menjadi gelap.” Lukas 11:35 AVB

 

Yesus memperingatkan murid-murid-Nya supaya sentiasa berjaga-jaga agar cahaya yang ada  dalam diri mereka  tidak menjadi gelap. Perkataan “berjaga-jaga” ini membawa maksud bahawa perhatian yang sebaik-baiknya perlu diberikan terhadap sesuatu yang amat penting dalam hidup seseorang. Dengan kata lain, sikap yang sentiasa “berwaspada” atau “berhati-hati” dikehendaki.

 

Sebenarnya, cahaya pelita jiwa kita merupakan pengertian, penilaian dan kekuatan kita untuk mencernakan sesuatu perkara, iaitu membezakan apa yang baik daripada apa yang jahat atau mengenal pasti apa yang  benar daripada apa yang  salah. Oleh itu, Yesus memperingatkan kita agar menjaga cahaya dalam hidup kita agar ia tidak menjadi gelap.

 

Sebab cahaya dalam kita dapat menerangi perjalanan hidup  kita sekiranya pelita hidup kita itu sentiasa terang. Demikian juga pelita hidup kita boleh membawa mudarat bahkan kematian sekiranya pelita itu disembunyikan dan tidak diletakkan di tempat yang betul dalam hidup kita.

 

Kesimpulannya, pastikanlah cahaya yang ada dalam diri kita tidak menjadi gelap tetapi biar cahaya itu sentiasa bersinar terang dalam hidup kita, iaitu kebenaran firman Allah itu terus menyinari hidup kita.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, biarlah pelita hatiku sentiasa memancarkan cahaya kepada hidupku. Aku mahu kebenaran firman Allah terus-menerus menyinari hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page