top of page

Jalani Kehidupan yang Bersesuaian dengan Kehendak Tuhan

  • 9 hours ago
  • 1 min read

“…Kamu haruslah selalu rendah hati dan lemah lembut; sabar, bertolak ansur satu sama lain dalam kasih,”Efesus 4:2 AVB


Paulus menasihatkan jemaat di Efesus supaya menjalani kehidupan yang bersesuaian dengan kedudukan mereka sebagai umat yang telah dipanggil oleh Allah. Mereka hendaklah sentiasa rendah hati, lemah lembut, dan sabar serta menerima satu sama lain dengan penuh kasih.


Tanpa kerendahan hati, kelemahlembutan, kesabaran, dan kasih yang ditunjukkan melalui sikap saling membantu, kesatuan dalam kalangan mereka tidak akan dapat dibina. Oleh itu, sebagai umat yang telah dipanggil oleh Tuhan, mereka perlu menjalani kehidupan yang mencerminkan kerendahan hati, kelemahlembutan, kesabaran, dan kasih terhadap satu sama lain.


Nilai-nilai rohani ini akan nyata dalam kehidupan mereka apabila Kristus Yesus benar-benar bertakhta dan memerintah dalam hati mereka. Tanpa penyerahan diri kepada pimpinan Kristus, mustahil bagi mereka untuk menjalani kehidupan yang memuliakan nama Tuhan.


Oleh itu, marilah kita menjalani kehidupan yang bersesuaian dengan kedudukan kita sebagai umat yang telah dipanggil oleh Tuhan. Hendaklah kita sentiasa rendah hati, lemah lembut, dan sabar serta saling mengampuni, menerima, dan mengasihi satu sama lain.


Doa:

Tuhan Yesus, aku datang kepada-Mu dan menyerahkan seluruh kehidupanku kepada-Mu. Aku memohon kekuatan dan bimbingan daripada-Mu agar aku sentiasa menjalani kehidupan yang berpadanan dengan kehendak-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page