Jangan Hanya Berdoa agar Masalah itu Hilang. Berdoalah Juga agar Tuhan Memberi Kekuatan untuk anda Bertumbuh Melaluinya.
- Komuniti Digital 05

- Jul 23, 2025
- 1 min read

Dulu, saya sering berdoa, “Tuhan, bolehkah hapuskan saja masalah ini?”
Tetapi sekarang, saya sedang belajar… daripada minta Tuhan mengambil semuanya, saya boleh meminta Tuhan menggunakan situasi ini untuk membentuk saya.
Untuk belajar bertahan.
Untuk belajar bersabar.
Untuk belajar menunggu.
Apabila kita ada mindset pertumbuhan, kita tidak hanya mencari jalan mudah—kita cari kerja Tuhan yang lebih mendalam dalam diri kita.
“Ya Tuhan, ubahlah aku menjadi lebih serupa dengan Kristus dalam situasi ini.”
“Bantulah aku mengasihi orang yang sukar dikasihi, seperti Engkau mengasihiku.”
“Ajarlah aku untuk fahami kehendak-Mu, walaupun aku sedang tidak selesa.”
Masa sukar bukan bermaksud Tuhan telah meninggalkan anda. Mungkin itulah tanah subur yang sedang Dia gunakan untuk membina anda.
Ingat: menjadi wanita (atau lelaki) yang berkenan di hati Tuhan bukanlah proses semalaman. Ia adalah proses yang perlahan, penuh penyucian, dan dipenuhi kasih kurnia. Tetapi setiap cabaran yang diserahkan kepada-Nya adalah peluang untuk anda bertumbuh.
"Biarlah ketekunan itu menyempurnakan tugasnya supaya kamu menjadi sempurna dan lengkap serta tidak kekurangan apa-apa.”
– Yakobus 1:4 (AVB)
Jemimah Ramos




Comments