“…Oleh itu, janganlah malu memberikan kesaksian tentang Tuhan kita dan juga janganlah malu akan aku, yang dipenjarakan kerana Kristus. Sebaliknya, hendaklah engkau dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah, turut menderita untuk Berita Baik itu....” 2 Timotius 1:8
Paulus mendorong Timotius supaya tidak merasa malu untuk memberikan kesaksian tentang Tuhan Yesus, dan juga tentang dirinya (Paulus) dipenjarakan oleh kerana Tuhan Yesus, tetapi Timotius harus ikut serta menderita bersama dengannya oleh kerana Berita Baik. Sebab Tuhan yang akan memberikan kekuatan kepadanya untuk melakukan semuanya dan segala yang dilakukan didalam Tuhan akan sia-sia.
Oleh itu Timotius harus terus menerus memberitakan tentang Tuhan Yesus kepada orang lain, selagi ada kesempatan. Jangan malu...
Apakah yang menyebabkan anda merasa malu untuk bersaksi tentang Yesus kepada orang lain selama ini? Mengapakah kita malu untuk bersaksi tentang Yesus selama? apakah oleh kerana anda diolok atau diejek.
Memang bagi dunia ianya satu kebodohan tetapi bagi ianya satu keuntungan yang besar, dengan itu selagi kita masih hidup bersaksi tentang Yesus, sebab pada satu hari nanti kita akan menuai apa yang kita telah tabur.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan menolong saya untuk terus bersaksi tentang Engkau, berisaya sukacita, kegirahan dalam memberitakan Berita baik kepada orang lain. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comentários