Jangan Membiarkan Wang Mengawal Hidup Kita
- Komuniti Digital 05

- 12 minutes ago
- 1 min read

'Yesus nampak kesedihannya lalu berkata, “Alangkah susahnya bagi orang kaya memasuki kerajaan Allah! ' (Lukas 18:24) AVB
Sewaktu Yesus melihat pemimpin Yahudi itu sangat sedih ketika Dia meminta dia pulang dan menjual semua miliknya lalu memberikan wang itu kepada orang-orang miskin, maka Dia pun berkata kepada pengikut-pengikut-Nya bahawa adalah “…sangat sukar bagi seorang yang mempunyai banyak kekayaan untuk masuk ke dalam Kerajaan Allah.”
“...Alangkah susahnya bagi orang kaya memasuki kerajaan Allah! Lebih mudah seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya memasuki kerajaan Allah...”
“…Memang sangat berat bagi orang kaya masuk ke dalam Kerajaan Allah. Lebih mudah bagi seekor unta masuk ke dalam lubang jarum daripada orang kaya masuk ke dalam Kerajaan Allah...”
Kekayaan bukanlah penghalang seseorang untuk datang kepada Tuhan Yesus dalam hidup ini, tetapi yang menjadi penghalang dalam hidup ini adalah cinta akan wang dan bukan sebaliknya. Tuhan memberi kita kekayaan agar kita dapat memuliakan nama-Nya dan memberkati orang lain. Kekayaan akan menjadi masalah apabila kekayaan yang mengendalikan kehidupan kita.
Sekiranya kita yang mengawal atau mengendalikan segala kekayaan kita dengan bimbingan Tuhan, maka hal ini tidak akan menjadi penghalang. Dengan itu, kekayaan haruslah menjadi saluran untuk kita memperkembangkan pekerjaan-Nya di dunia ini.
Oleh itu, kekayaan itu baik untuk diri kita sekiranya kita membiarkan diri kita mengawalnya dan bukan kekayaan yang mengendalikan kehidupan kita.
Doa: Tuhan, Engkau sumber segala yang ada dalam hidup ini, oleh itu ajarlah aku untuk mengendalikan segala yang Engkau telah berikan kepada aku. Pakailah hidup aku, Tuhan, untuk menjadi berkat kepada semua orang. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments