top of page

Jangan Membiasakan Diri Menghakimi Orang Lain


'“Janganlah kamu hakimi orang supaya kamu tidak akan dihakimi..."' (Lukas 6:37a) AVB


Tuhan Yesus mengajar setiap orang yang mengikuti-Nya supaya mereka sentiasa menunjukkan kasih kepada semua orang di sekeliling mereka. Ini termasuk menjauhkan diri daripada sikap yang sentiasa menghakimi orang lain, kerana hak untuk menghakimi adalah milik Tuhan. Oleh itu, janganlah kita menghakimi orang lain.


Sikap yang sentiasa menghakimi orang lain akan membawa kepada permusuhan, kebencian, dan perbalahan. Oleh itu, jangan sekali-kali memberi ruang dalam diri kita untuk menghakimi orang lain. Sebaliknya, kita harus melatih diri untuk sentiasa mengasihi mereka dengan sepenuh hati.


Agar sepanjang hidup kita di dunia ini, kita dapat menjadi berkat kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Oleh itu, gunakanlah setiap peluang dalam kehidupan ini untuk membina, mendorong, dan menguatkan satu sama lain.


Jangan menghakimi orang lain, tetapi ajarlah diri kita untuk sentiasa melihat mereka sebagai insan yang penting dan berharga. Sikap yang gemar menghakimi akan menyukarkan kita untuk bergaul akrab dengan orang lain kerana kita sentiasa melihat mereka dari sudut pandangan yang negatif.


Dengan itu, marilah kita sentiasa mengingatkan diri setiap hari agar tidak membiasakan diri menghakimi orang lain.


Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon pengampunan daripada-Mu sekiranya aku kerap menghakimi orang lain. Tuhan, ajarlah aku untuk mengasihi orang di sekelilingku. Di dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Commentaires


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page