top of page

Jangan Merahsiakan Kebenaran dari Orang Lain

ree

“…Malanglah kamu, guru Taurat! Kamu menyimpan kunci yang dapat membuka pintu pengetahuan tentang kehendak Allah, tetapi kamu tidak mahu masuk ke dalam. Sebaliknya kamu menghalangi orang yang mahu masuk!.......” Lukas 11:52


Yesus menegur para ahli Taurat dengan tindakan mereka yang menjadi penghalang kepada orang lain yang ingin untuk belajar akan pengetahuan kebenaran tentang kehendak Allah. Sebab mereka sudah diberikan oleh Tuhan pengetahuan bagaimana caranya dapat hidup berkenan di hadapan Tuhan, iaitu ajaran yang digambarkan sebagai “..kunci...”


Walaupun mereka telah diberikan oleh Tuhan pengetahuan tentang bagaimana caranya orang dapat hidup berkenan di hadapan Tuhan, tetapi mereka sendiri tidak mahu belajar tentang pengetahuan akan kebenaran berhubungan dengan kehendak Tuhan itu.


Oleh sebab mereka sendiri tidak mahu menggunakan ajaran tentang kehendak Allah itu bagi diri mereka sendiri, malah mereka bertindak sebagai penghalang kepada semua orang yang ingin mengetahui tentang ajaran itu. Sebaliknya mereka terus-menerus merahsiakan semua pengetahuan tentang bagaimana caranya seseorang dapat menjalani kehidupan yang berkenan di hadapan Tuhan..


Dengan itu Yesus berkata bahawa mereka (para ahli Taurat) adalah “..malanglah..” dengan kata lain “…Celakalah….”. kerana sikap mereka yang merahsiakan kebenaran itu kepada orang lain, maka sikap sebegini merupakan hal yang sangat tidak berkenaan kepada Tuhan. Sebab kebenaran tentang pengetahuan akan kerajaan Tuhan haruslah dikongsikan kepada semua orang.


Oleh itu janganlah kita merahsiakan semua ajaran Tuhan yang kita tahu kepada orang lain,


Doa: Tuhan ajar saya untuk mengongsikan kebenaranMu kepada orang yang ada di sekeliling saya, agar mereka juga akan mengalami kasih dan berkat anugerah-Mu di dalam kehidupan mereka seperti saya mengalaminya juga. Di dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page