top of page

Jangan Mudah Tersinggung dengan Teguran

ree

“…Salah seorang guru Taurat berkata kepada Yesus, “Guru, apabila guru berkata begitu, guru menghina kami juga!”......” Lukas 11:45


Sewaktu Yesus berkata tentang “…hukuman yang mengerikan akan menantikan mereka yang meresapkan sifat yang jahat ke dalam hidup orang yang mengikuti mereka, bagaikan kuburan yang tersembunyi. Di mana orang akan melaluinya tanpa sedar tentang kemunafikan mereka sehingga mempengaruhi kehidupan mereka.


Oleh itu Yesus memberitahu pengikut-pengikut-Nya supaya berhati-hati terhadap pengaruh kepalsuan mereka yang suka berpura-pura. Sebab hal ini tidak disukai Tuhan, dengan itu seorang guru Taurat yang mendengar teguran Yesus ini berkata kepada-Nya, “..Guru, apabila guru berkata begitu, guru menghina kami juga..”


Teguran Yesus ini telah menyebabkan hati seorang ahli Taurat yang ada di situ berasa tersinggung. Dengan serta-merta dia berkata kepada Yesus "..Guru, dengan berkata demikian, Engkau menghina kami juga, kerana kami ini ahli Taurat. Jadi masakan kami ini orang munafik?.."


Ingatlah, orang yang mudah tersinggung apabila mendengar teguran adalah orang yang belum dewasa secara rohani. Sebab seseorang yang dewasa secara rohani pasti akan mendengar dan menerima teguran dengan terbuka. Mereka sentiasa mengejar kerendahan hati dirinya dan tidak membela diri.


Oleh itu jangalah kita mudah tersinggung apabila kita mendengar teguran dan jangan menganggap teguran sebagai hinaan tetapi pandanglah setiap teguran itu sebagai berkat untuk membentuk hidup kita menjadi lebih baik.

Amsal 6:23 Sebab, perintah adalah sebuah pelita, dan ajaran adalah sebuah cahaya, dan teguran didikan adalah jalan kehidupan,


Doa: Bapa yang di surga, ajar saya untuk menerima teguran dengan terbuka dan bukan melihat teguran sebagai hinaan, berilah saya hati yang sentiasa terbuka dengan teguran, sebab teguran memberi kebaikan kepada hidup saya. Di dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page