Jangan Sekali-kali Membezakan Orang Mengikut Cita Rasa Kita
- Komuniti Digital 05

- Jul 19
- 2 min read

“…Yesus menjawab, “Malanglah kamu guru Taurat! Kamu meletakkan beban yang berat ke atas bahu orang lain, tetapi kamu sendiri tidak mahu menghulurkan satu jari pun untuk menolong mereka memikul beban itu.......” Lukas 11:46
Oleh sebab ahli-ahli Taurat memuji-muji diri mereka sendiri kerana mereka memiliki nama yang baik dalam kalangan orang banyak.
Selain itu, mereka juga berfikir bahawa mereka adalah orang-orang yang berbahagia kerana mereka mempelajari hukum Taurat dan tahu seluk-beluk semuanya. Demikian juga mereka memiliki penghormatan untuk mengajar pengetahuan tentang hukum Taurat kepada orang banyak.
Oleh itu Yesus menegur mereka, sebab mereka membebani orang lain dengan aturan-aturan agama yang begitu sukar untuk diikuti. Namun mereka sendiri hanya berpura-pura sebagai orang baik dan sama sekali tidak berusaha untuk mengikuti peraturan-peraturan itu.
Oleh itu hal ini tidak sekali-kali menyenangkan hati Yesus kerana mereka hanya membuat kegiatan-kegiatan ibadah lebih berbeban bagi orang lain, tetapi mengambil bahagian yang lebih ringan untuk diri mereka sendiri, lebih daripada apa yang dituntut oleh Tuhan daripada semua orang di dalam menjalani kegiatan ibadah.
Bagaimana dengan diri kita pada hari ini, apakah kita memberikan peraturan kepada orang lain dengan sangat ketat namun bagi diri sendiri kita melonggarkan peraturan itu tanpa melaksanakan seperti orang yang lain. Oleh itu hal ini tidak wajar sebab semua harus sama-sama mengikuti setiap peraturan yang dibuat.
Oleh itu janganlah kita mengikut sikap ahli Taurat ini, yang memberi peraturan yang ketat kepada orang lain tetapi bagi diri sendiri mereka melonggarkannya. Demikian juga terhadap orang-orang yang lain dalam gereja kita. Jangan kita membuat peraturan dalam gereja berat sebelah oleh sebab kita suka orang ini dan tidak suka orang itu.
Dengan itu kita haruslah sama-sama dengan semua orang tanpa membezakan satu dengan yang lain.
Doa: Tuhan ajar saya supaya melihat semua orang adalah sama seperti Engkau melihat Yesus melihat kita. Ampunilah saya atas kelemahan saya, ajar saya mengikut jalanMu. di dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments