Janganlah Khuatir Tentang Hidupmu
- Komuniti Digital 05
- Aug 6
- 1 min read

'Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Janganlah khuatir tentang hidupmu, tentang apa yang kamu makan atau minum, atau tentang tubuhmu, dan tentang apa yang akan kamu pakai. ' (Lukas 12:22) AVB
Yesus terus mengajar para pengikut-Nya supaya mereka tidak khuatir tentang kehidupan mereka, sama ada mengenai apa yang akan mereka makan atau apa yang akan mereka pakai. Semakin ramai orang mengalami kehancuran dalam hidup mereka kerana sikap tamak dan terlalu khuatir memikirkan kekayaan dunia ini.
Oleh itu, mereka harus menjauhkan diri daripada segala kekhuatiran ini. Segala kekhuatiran dan kecemasan terhadap keperluan jasmani boleh menyebabkan mereka menjauh daripada Tuhan dalam kehidupan mereka. Itulah sebabnya Yesus terus memperingatkan mereka supaya tidak terlalu khuatir.
Ini kerana kekhuatiran dan kecemasan yang berlebihan terhadap keperluan jasmani akan menyebabkan kehidupan mereka tersiksa dan penuh penderitaan, akibat terlalu memikirkan hal-hal duniawi.
Oleh itu, Yesus menggesa para pengikut-Nya supaya jangan khuatir, kerana: 'Hidup lebih daripada makanan, dan tubuh lebih daripada pakaian. '
Demikian juga dengan kita pada hari ini. Marilah kita: “…Menyerahkan segala kekhuatiran kita kepada Tuhan, kerana Dia sentiasa mengambil berat tentang kita...” – 1 Petrus 5:7
Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk tidak khuatir akan hidup ini, tetapi untuk sentiasa hidup dekat dengan-Mu dalam segala perkara. Bimbinglah hidupku, ya Tuhan, agar aku terus bersandar kepada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments