top of page

Kasih Karunia dan Kemaafan dalam Keibubapaan

Oleh Danny Huerta


Kasih karunia dan kemaafan perlu untuk rumah tangga yang sihat. Ketahuilah bagaimana kasih karunia dan kemaafan adalah sebahagian tujuh ciri yang perlu dalam keibubapaan.


Memberi kasih karunia memang sukar. Otak manusia seolah-olah magnet yang menarik sikap negatif. Kita selalu “tersangkut” menumpukan perhatian kepada fikiran negatif, balas dendam dan bukan pada kemaafan.


Namun demikian, kasih karunia dan kemaafan penting untuk wujudnya kasih di sebuah keluarga. Ia bermula dengan sengaja mengutamakan hubungan kita dalam setiap situasi. Kita tidak harus memikirkan tentang salah laku semata-mata tetapi mesti sedar bahawa kita semua adakalanya perlu kasih karunia; jika kita mahu menerimanya, kita mesti memberi.


Beberapa tahun dahulu, saya memberi kaunseling kepada seorang ayah yang bergelut dengan isu kemarahan. Semasa kami berbincang, dia mengaku menyimpan perasaan dendam dan marah terhadap ayahnya. Kami berbincang bagaimana ini membelenggu perkahwinannya dan peranannya sebagai ayah. Dia mengambil keputusan membuat senarai perkara untuk memaafkan ayahnya. Dia kemudian melaporkan bahawa tindakan memaafkan memberinya kebebasan yang tidak pernah dialaminya. Dia menjadi lebih berbelas kasihan, akrab dan sabar terhadap isteri dan anak-anak.


Jika kasih karunia dan kemaafan adalah ubat penawar sikap negatif, bukankah kita sepatutnya lebih rela memberi penawar tersebut? Ya, memang sukar. Kasih karunia adalah menerima dan menghapuskan “hutang” dari orang yang telah melukai,mengecewakan atau tidak menghormati anda. Ia memerlukan kitamemaafkan orang yang kita percaya tidak layak dimaafkan untuk sesuatu luka yang tidak dapat dilupai. Ia bermakna pembebasan sebarang kemarahan yang telah bertapak di hati kita.


Bila kanak-kanak belajar bagaimana menangani hidup, hubungan sesama manusia dan emosi, kesilapan dan kekusutan akan berlaku. Kadangkala kita tiada kesabaran untuk menangani kekusutan tetapi bila kita dapat memaafkan anak-anak, suasana kebebasan, keakraban dan kasih diwujudkan. Akhirnya, kanak-kanak mendapat manfaat kasih karunia dan kemaafan dengan cara-cara berikut:


Belajar bagaimana memaafkanorang lain

Bila hidup kamu adalah contoh kasih karunia, anak-anak belajar bagaimana membebaskan diri dari ketaksuban tentang kesilapan orang lain. Mereka tidak digelincirkan oleh sikap marah, sebaliknya pemberian kemaafan membolehkan mereka mara ke depan.


Belajar bagaimana menanganipersengketaan dengan berkesandan membaiki keadaan

Kanak-kanak yang dibesarkan untuk memahami kasih karunia dan kemaafan lebih mampu mengatasi persengketaan. Konflik menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang isu-isu dan mempunyai pendapat sendiri; kasih karunia dan kemaafan menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang hubungan dengan orang lain.


Mengalami kebebasan dariperasaan malu dan ketaksubandengan kesempurnaan

Kanak-kanak belajar mengutamakansikap amanah dan hubungan denganorang lain dan bukan manipulasi dankesempurnaan. Mereka menyedaribahawa tiada manusia yang sempurnatermasuk diri sendiri.


Alami dan pelajari tentang kasihibu bapa

Kanak-kanak belajar bagaimana dan apa yang perlu dibuat untuk membina semula kebolehpercayaan. Mereka juga belajar bagaimana kasih berfungsi. Jika kamu mengasihi seseorang, kamu akan mengetahui kasih karunia dan kemaafan.


Dua tahun dahulu, anak perempuan saya berada dalam fasa “memecahkan” perkataan secara kreatif. Dia mengkaji perkataan forgive dan berkata, “Ayah, kemaafan memangadalah hadiah! Lihat, perkataan “for-give”. “For” maksudnya untuk orang lain dan “give” bermakna ia diberi dengan percuma.


Kemaafan benar-benar suatu hadiahuntuk pemberi dan penerima. Sifat inimembenarkan kasih sayangberkembang maju dalam sebuahkeluarga.


Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan kebenaran.

Comentários


bottom of page