Bacaan Alkitab: Mazmur 46-55
Daud menjalani kehidupan yang taat kepada Tuhan tetapi, sama sekali tidak bermakna dia menjalani kehidupan yang sempurna. Tragedi terbesar dalam hidupnya ialah dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang sudah berkahwin dan merancang untuk membunuh suaminya apabila wanita itu mendapati bahawa dia mengandung anak Daud.
Mazmur 51 membolehkan kita mendengar ketika Daud memberitahu Tuhan, dengan semua emosi hati yang hancur, tentang dosanya dan ia bermula dengan rayuan, “Kasihanilah aku, ya Tuhan”. Kita juga mendengar kesungguhan Daud berjanji untuk kembali kepada Pencipta dan Bapanya, Tuhan yang memberi peluang kedua.
Dosa mempunyai akibatnya - yang sangat serius. Selepas Daud berpaling daripada Tuhan, dia akhirnya mengalami beban yang berat akibat dari apa yang telah dia lakukan dan hatinya hancur (ayat 8). Daud tahu bahawa hubungannya dengan Bapa telah terjejas.
Hubungan kita dengan Tuhan, bagaimanapun, tidak perlu kekal retak. Daud menemui jalan yang menuju kembali kepada Tuhan, dan jalan yang sama ada untuk kita. Apabila kita mengaku kepada Tuhan bahawa kita telah berdosa terhadap Dia dan mengkhianati kepercayaan-Nya, dan apabila kita melangkah kembali-Nya, Dia mengampuni kita dan tidak lagi mengingati dosa-dosa kita. Dia adalah Tuhan yang memberi peluang kedua. Ingatlah teladan Daud dan renungkan juga siapa diri kita dalam kebenaran di hadapan Tuhan berdasarkan pengorbanan Yesus.
Doa:
Tuhan Yesus, Engkau adalah Tuhan peluang kedua, dan kami mempunyai harapan untuk hidup semula dengan benar bersama-Mu dan dengan orang lain kerana anugerah-Mu. Tolonglah kami untuk tidak mengeraskan hati kami tetapi dengan rendah hati mengaku bahawa kami memerlukan Engkau. Amin.
Pr Jeffery Chua, NECF
コメント