Keajaiban-Mu, Hatiku Terus Bersorak
- Komuniti Digital 05

- 12 hours ago
- 1 min read

“…Lalu beberapa orang Farisi antara orang ramai itu berkata kepada Yesus, ‘Guru, suruhlah semua pengikut guru diam.’...” Lukas 19:39
Ketika semua pengikut Yesus dan orang ramai yang mengikut Yesus di jalan menurun dari Bukit Zaitun bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang sangat nyaring kerana mereka telah melihat segala mukjizat yang Yesus lakukan, ada juga beberapa orang Farisi berada di tengah-tengah orang ramai itu.
Mereka datang kepada Yesus lalu meminta kepada-Nya supaya Yesus menegur pengikut-pengikut-Nya agar mereka berdiam dan tidak mengatakan hal-hal yang seperti itu:
“…Diberkatilah Dia yang datang dengan kuasa Tuhan! Sejahtera di syurga dan kemuliaan bagi Allah!...”
Namun Yesus berkata kepada orang Farisi itu bahawa sekiranya pengikut-pengikut-Nya berdiam dan tidak bersorak, maka batu-batu di sepanjang jalan itu yang akan berseru dan mengatakan hal yang sama.
Pengikut Yesus dan orang ramai bersorak-sorai mengatakan, “…Diberkatilah Dia yang datang sebagai Raja dalam nama Tuhan! Damai sejahtera di syurga dan kemuliaan di tempat yang mahatinggi!...” kerana mereka telah melihat semua mukjizat yang Yesus lakukan. Oleh itu mereka terus bersorak bagi Tuhan.
Bagaimana dengan diri kita hari ini? Apakah kita bersorak kepada Tuhan kerana kita telah melihat atau menyaksikan keajaiban Tuhan dalam hidup ini?
Doa: Tuhan, terima kasih kerana menyatakan keajaiban dalam hidup ini. Biarlah segala keajaiban-Mu membangkitkan semangat dan kekuatan dalam hidup aku sehingga hati aku terus memuji-Mu. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments