Keajaiban Tuhan, Membangkitkan Pujian Dalam Hati
- Komuniti Digital 05

- 13 hours ago
- 1 min read

“…Apabila Yesus hampir sampai di Yerusalem, di jalan yang menurun dari Bukit Zaitun, semua pengikut-Nya mula bersyukur kepada Allah dan memuji Allah dengan suara keras kerana semua mukjizat yang sudah disaksikan oleh mereka......” Lukas 19:37
Ketika Yesus menunggang anak keldai dan menghampiri kota Yerusalem, di jalan yang menurun dari Bukit Zaitun, semua pengikut-Nya dan orang ramai yang mengikut-Nya mulai bersyukur serta bersukacita memuji Allah dengan suara yang kuat. Mereka memuji Allah kerana semua mukjizat yang dilakukan oleh Yesus dan yang telah mereka saksikan sendiri.
Hati mereka dipenuhi rasa syukur kepada Allah kerana mereka melihat segala keajaiban yang Tuhan Yesus lakukan. Mereka mula memuji-muji Allah dengan suara keras, berseru, “…Diberkatilah Dia yang datang dengan kuasa Tuhan! Sejahtera di syurga dan kemuliaan bagi Allah!..”
Hati mereka dipenuhi dengan pujian dan sorakan kepada Tuhan kerana mereka telah menyaksikan keajaiban Tuhan dalam Yesus. Dengan penuh sukacita mereka bersorak-sorai memuliakan Tuhan.
Bagaimana pula dengan diri kita? Apakah kita melihat keajaiban Tuhan dalam kehidupan kita selama ini? Mengalami keajaiban Tuhan pasti akan menghidupkan hati yang penuh kesyukuran dan pujian.
Doa: Tuhan, berikanlah aku hati yang bersyukur kepada-Mu kerana kebaikan dan anugerah-Mu yang sangat besar dalam hidup aku. Biarlah hati aku sentiasa dipenuhi dengan pujian kepada-Mu, ya Tuhan. Ajarilah aku untuk terus memuji-Mu. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments