top of page

Kekuatan dalam Keterpatahan


Tuhan tahu, saya perlukan mengalami kepatahan itu. Ketika saya masih remaja, saya ingat ibu bapa saya sering memberitahu saya untuk tidak berkawan rapat dengan seseorang yang tidak seiman dengan saya. Awalnya, saya tidak faham, kerana cinta adalah cinta, bukan? Selagi kita bahagia dan tidak mengganggu orang lain, kita hanya hidup sekali, bukan? Itulah nasihat umum sekarang.


Kemudian, semasa saya semakin mendekat kepada Tuhan, saya menyedari bahawa seiring bersama dengan seseorang tidak hanya bermaksud memilih pasangan yang pergi ke gereja kerana kepercayaan keluarganya, bukan hanya kerana dia berada dalam pelayanan penyembahan menyanyikan puji-pujian atau memainkan alat muzik setiap minggu, atau seseorang yang menghadiri ibadah pada hari Minggu.


Seiring bersama dengan seseorang bermakna anda mempunyai hati yang sama untuk mereka yang hilang, visi yang sama untuk melayani orang lain, dan tanggungjawab yang sama dalam berkongsi Kabar Baik.


Tetapi sebagai anak yang suka memberontak seperti saya dahulu, tentu saja saya menyembunyikan hubungan-hubungan yang tidak menyenangkan bagi mereka dan Tuhan. Saya sering membenarkan diri saya, bahawa Tuhan akan memahami saya, bahawa Dia akan mengampuni saya nanti, dan orang yang saya berdoa untuk berubah, akhirnya akan berubah kerana saya membantunya kembali kepada Tuhan. Tetapi kemudian, saya mengalami kesakitan, penyalahgunaan, manipulasi yang tidak perlu, yang menyebabkan trauma dengan hubungan.


Sekarang, tidak ada yang salah dengan memberi dorongan kepada seseorang, tetapi jangan sampai anda cuba memainkan peranan Tuhan kepada seseorang. Selepas bertahun-tahun menunggu dan membazirkan tahun-tahun untuk orang yang salah, saya tersentak. Tuhan sebenarnya bukan killjoy ("pembunuh semangat" atau "penyebab kehilangan kegembiraan"). Ibu bapa saya hanya mahu yang terbaik untuk saya kerana mereka melihat saya sebagai anak perempuan tercinta mereka dan bagaimana saya sepatutnya diperlakukan dengan betul.


Tuhan tahu bahawa saya belum sedia ketika Dia mengatakan "TIDAK" atau "TUNGGU". Tuhan, sebagai Bapa yang penyayang dan melindungi, akan berkata "Tidak" terhadap doa atau permintaan saya kerana Dia tahu bahawa ia datang dari keinginan ego saya dan tidak akan membantu saya dalam jangka panjang.


Tuhan tetap baik kerana walaupun dalam ketidaktaatan saya selama bertahun-tahun, Dia telah menunjukkan kepada saya kasih setia-Nya yang berterusan untuk saya lihat bahawa hanya dalam Dia saya dapat menemui kebahagiaan dan kasih sayang yang kekal yang saya cari.


Tuhan sering perlu melindungi dan mendisiplinkan saya, bukan kerana Dia adalah seorang masokisme (kecenderungan mendapat nikmat, kepuasan atau keseronokan) atau Dia mahu melihat saya terluka, tetapi kerana hanya dalam kepatahan dan kesakitan saya akan melihat bagaimana dosa mempengaruhi segala-galanya dan memiliki akibat.


Banyak dari kita, kita semua berjumpa dengan Tuhan apabila kita sampai di dasar terendah. Apabila kita dalam keadaan yang patah, menangis, dan sakit, itulah saat kita ingat betapa cacatnya kita dan betapa kita memerlukan Tuhan lebih dari sebelumnya. Kita merendahkan diri kepada Tuhan, dan itu akan menampakkan kesombongan di dalam hati kita, bahawa Firman Tuhan adalah untuk perlindungan dan berkat kita—tetapi berkat datang apabila kita taat kepada kehendak-Nya, kita tidak taat hanya karena kita akan menerima sesuatu dari-Nya. Kita mahu apa yang Tuhan mahu, itulah saat kita mempunyai permulaan baru di dalam hati kita. Sebuah hati yang dibuat baru walaupun luka-luka dari masa lalu, tidak ada lagi rasa malu yang tinggal di dalamnya, tetapi hanya kasih karunia-Nya.


Jadi jika anda mengalami kepatahan atau kehancuran sekarang dalam musim hidup anda, ingat ini:


Mungkin pada awalnya, itu tidak masuk akal bagi anda. Anda menunggu tetapi tidak ada perubahan, anda mempunyai pertanyaan, tetapi Dia berdiam diri. Tetapi keheningan-Nya bukan bermakna ketiadaan-Nya. Kepatahan dan kesakitan itu diperlukan bagi kita untuk tumbuh di tengah-tengah badai dan cabaran. Walaupun Dia tidak mahu anda menderita, seperti seorang Bapa kepada anak kandungnya sendiri, Dia mendisiplinkan orang yang Dia kasihi.


Sekarang, sekadar untuk berkongsi, saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini dengan seseorang yang mencintai Yesus dan mempunyai misi yang sama seperti saya, iaitu mendisiplinkan generasi muda.


Penolakan anda adalah untuk pengalihan Tuhan, percayalah kepada-Nya dalam kepatahan dan tunggu, kerana Abba Bapa anda tahu apa yang Dia lakukan—dan itu adalah untuk kebaikan anda.


Ibrani 12:11 "Tiada pengajaran yang menggembirakan ketika dilaksanakan; semuanya terasa teruk. Tetapi kemudiannya pengajaran itu menghasilkan buah perbenaran yang mendatangkan rasa aman kepada mereka yang telah dididik dengannya."


Jemimah Ramos

bottom of page