Kenalilah Waktu-Nya
- Komuniti Digital 05

- Nov 3
- 2 min read

'Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Masanya akan datang apabila kamu ingin melihat salah satu hari Anak Manusia, tetapi kamu tidak dapat melihatnya. ' (Lukas 17:22) AVB
Kemudian Yesus berkata kepada para pengikut-Nya bahawa akan datang satu masa di mana mereka akan sangat merindukan kehadiran-Nya, dengan harapan alangkah baiknya sekiranya Yesus kembali pada hari itu untuk memerintah sebagai Anak Manusia. Namun, hal itu tidak akan terjadi lagi.
Para pengikut-Nya tidak menyedari bahawa waktu-Nya telah tiba, bahawa kerajaan Allah sudah didirikan, tetapi mereka tidak melihatnya. Maka, pada masa yang akan datang, mereka akan sangat merindukan kehadiran-Nya untuk kembali memerintah sebagai Anak Manusia, namun semuanya tidak akan berlaku.
Oleh itu, mereka perlu sedar bahawa waktunya telah tiba, kerajaan Allah sedang berkuasa di antara mereka. Maka, mereka harus bekerja dengan lebih tekun lagi, walaupun akan menghadapi pelbagai tentangan dan halangan dalam melaksanakan pekerjaan-Nya, kerana waktunya telah tiba untuk kerajaan Allah berkuasa ke atas semua orang.
Mereka juga perlu menggunakan waktu yang ada dengan sebaik-baiknya, supaya apabila masa itu berlalu, mereka telah memanfaatkan setiap kesempatan yang diberikan dengan bijaksana.
Demikian juga dengan kita pada hari ini, janganlah kita menjadi buta dan lalai terhadap kesempatan yang telah disediakan bagi kita sekarang. Sekiranya kita tidak mengenal dan menggunakan waktu yang ada pada masa ini, mungkin apabila kita sedar kelak, semuanya telah berlalu. Dan pada saat itu, apabila kita ingin mengalaminya, waktunya sudah pun berlalu.
Oleh itu, kenalilah waktunya, agar kita tidak menyesal di kemudian hari.
Doa: Ya Bapa yang di syurga, berikanlah aku kepekaan terhadap waktu-Mu dalam segala perkara yang aku lakukan, supaya dalam setiap hal aku benar-benar menggunakan masa itu dengan sebaik-baiknya. Inilah aku, pakailah aku menurut kehendak-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie




Comments