Kepada Wanita yang Sukar Meluahkan Apa yang Sedang Dilalui
- Komuniti Digital 05
- Jul 16
- 1 min read

Saya faham. Saya pernah berada di tempat yang sama. Saya tahu bagaimana rasanya bergelut dalam diam. Datang dengan senyuman, tetap melayani, dan cuba kelihatan seperti semuanya baik. Orang lihat anda sebagai seorang yang kuat. Tetapi di dalam hati, ada luka, tekanan, dan keletihan yang sukar dijelaskan. Anda tak mahu kecewakan sesiapa. Tak mahu gagal memenuhi harapan orang sekeliling. Jadi anda terus bertahan… walaupun hati anda hampir rebah.
Tetapi inilah yang saya pelajari dalam masa hidup yang mencabar ini. Dalam perkahwinan, suami saya melihat siapa saya yang sebenar. Hari-hari di mana saya mudah marah. Saat saya hilang sabar. Emosi yang selama ini saya sembunyikan dari semua orang. Dan dia masih tetap ada. Tetap mendengar. Tetap mengasihi.
Untuk benar-benar dikenali, dan masih dikasihi? Itulah kasih kurnia.
Dan itulah yang Tuhan tawarkan kepada anda — setiap hari, tanpa syarat. Tuhan tidak terkejut dengan kelemahan dan kegagalan kita. Dia tidak menunggu kita menjadi “sempurna” dahulu. Dia tahu segalanya… dan tetap memilih untuk mati di salib demi anda dan saya.
“Tetapi Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita kerana ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita.”
– Roma 5:8 (AVB)
Kasih kurnia Tuhan bukan untuk membenarkan kita terus jatuh, tetapi untuk memulihkan kita di tempat kita berada. Anda tak perlu lagi bersembunyi. Anda tidak perlu hadapi semuanya sendirian.
Jadi, kepada anda yang sudah penat berpura-pura kuat, yang sedang mencari kelegaan… ketahuilah bahawa di dalam Kristus, anda sudah bebas.
Kembalilah kepada-Nya.
Dan saya berdoa agar Tuhan mengutus orang-orang yang takut akan Dia untuk hadir dalam hidup anda—yang akan menerima anda, membimbing anda, dan mengasihi anda… supaya anda terus bertumbuh menjadi semakin serupa dengan Kristus.
Jemimah Ramos
Comments