top of page

Keputusan Menentukan Dirimu pada Masa Pengangkatan

ree

'Aku berkata kepadamu bahawa pada malam itu dua orang berbaring di atas katil. Seorang dibawa pergi dan seorang ditinggalkan. ' (Lukas 17:34) AVB


Yesus memberitahu para pengikut-Nya supaya bersiap sedia untuk meninggalkan mereka yang hidup dalam kejahatan. Pada hari penghakiman Tuhan, apabila Tuhan menghancurkan semua orang yang hidup dalam kejahatan, Dia ingin memastikan bahawa semua orang yang menjadi milik-Nya diselamatkan.


Pada masa itu akan berlaku perpisahan antara satu dengan yang lain, seperti yang dinyatakan:


"Pada malam itu dua orang berbaring di atas katil. Seorang dibawa pergi dan seorang ditinggalkan. Dua orang perempuan bersama-sama mengisar gandum. Seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan. Dua orang lelaki bekerja di ladang. Seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan.”


Beginilah cara Tuhan membezakan mereka yang menjadi milik-Nya daripada orang-orang yang dekat dengan mereka. Peristiwa ini akan berlaku pada hari penghakiman, apabila Tuhan mengangkat orang-orang kepunyaan-Nya daripada kalangan mereka yang tidak mahu bertobat daripada dosa.


Secara tiba-tiba, orang yang percaya kepada-Nya akan dibawa bersama-sama dengan-Nya, manakala mereka yang tidak percaya akan ditinggalkan. Hal ini bermaksud, orang yang percaya kepada-Nya akan dilepaskan daripada api penghukuman dan dibawa ke tempat perlindungan. Tetapi mereka yang tidak percaya akan ditinggalkan untuk binasa dalam malapetaka.


Oleh itu, bagaimana dengan diri kita pada saat ini? Adakah kita antara mereka yang akan diangkat atau yang akan tertinggal? Pada waktu itu segalanya akan dinyatakan, siapakah yang benar-benar milik-Nya dan siapakah yang bukan milik-Nya. Maka berlakulah perpisahan antara satu dengan yang lain.


Renungkanlah diri kita, adakah kita salah seorang yang akan diangkat atau yang tertinggal? Ingatlah, semuanya terletak pada keputusan kita sendiri untuk menentukan masa depan kita. Oleh itu, buatlah keputusan yang benar bagi hidupmu pada hari ini.


Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon agar Engkau mengajar aku untuk terus percaya kepada-Mu, supaya pada saat pemisahan yang akan dating aku akan bersama-sama dengan-Mu di tempat yang indah bersama-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page