top of page

Keputusan yang Salah Terhadap Berkat Tuhan

ree

'Aku akan berkata kepada diriku, engkau mempunyai harta yang banyak untuk keperluanmu selama bertahun-tahun. Nikmatilah hidup. Makan minum dan bersuka rialah.’ (Lukas 12:19) AVB


Setelah orang kaya itu merancang segala perkara yang ingin dilakukannya terhadap tuaian yang sangat banyak itu, dia pun berkata kepada dirinya sendiri bahawa dirinya sungguh bertuah kerana memiliki segala yang baik bagi keperluannya untuk bertahun-tahun. Oleh itu, dia memutuskan untuk menikmati hidup dengan makan, minum, dan bersukacita.


Namun, keputusan itu tidak menyenangkan hati Tuhan. Segala sumber berkat yang berkelimpahan dalam hidupnya, yang sedang dinikmatinya, sebenarnya datang daripada Tuhan. Maka Tuhan berkata kepadanya: “Engkau bodoh! Pada malam ini juga, jiwamu akan dituntut kembali daripadamu. Lalu harta benda yang telah kaukumpulkan itu akan menjadi hak siapa?”


Keputusan yang salah terhadap berkat Tuhan yang berkelimpahan dalam hidup orang kaya itu telah menyebabkan hati Tuhan tidak berkenan. Begitu juga dengan kita — sekiranya kita membuat keputusan yang salah terhadap berkat Tuhan dalam hidup kita, hal itu juga akan mendatangkan ketidaksenangan Tuhan.


Oleh itu, marilah kita membuat keputusan yang bijak terhadap setiap berkat yang kita terima daripada Tuhan dalam hidup ini.


Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk membuat keputusan yang bijak terhadap setiap berkat-Mu, kerana segala yang aku miliki dan terima dalam hidup ini datang daripada-Mu. Bimbinglah aku dalam mengelolah semua berkat yang Engkau berikan dengan bijaksana. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page