top of page

Kerana Iman Kita, Mukjizat

ree

'“Jawab orang itu, “Tuhan, aku ingin melihat.” Yesus berkata kepadanya, “Terimalah penglihatanmu kembali, imanmu telah menyembuhkanmu.” ' (Lukas 18:41b-42) AVB


Oleh kerana orang buta itu berkata kepada Yesus bahawa dia mahu melihat, maka Yesus berkata kepadanya bahawa “oleh kerana dia percaya kepada-Nya, maka dia menerima kesembuhan (dia dapat melihat)”.


Yesus berkata kepada orang buta itu bahawa dia sudah dipulihkan daripada butanya kerana imannya kepada-Nya. Apa yang Tuhan Yesus lakukan untuk menyembuhkan dirinya adalah kerana Dia melihat iman orang buta itu. Itulah sebabnya Tuhan Yesus berkata kepadanya, “imanmu telah menyembuhkanmu”.


Demikian juga halnya dengan diri kita pada hari ini. Doa yang berdasar pada iman, dengan dibimbing oleh janji-janji Tuhan Yesus, pasti tidak akan sia-sia, malah akan menggerakkan Roh Tuhan bekerja dalam hidup kita. Oleh itu kita harus percaya kepada Tuhan Yesus untuk menolong diri kita.


Sebab iman yang sejati akan menghasilkan kegigihan dalam kita berdoa dan mendorong kita untuk bersandar sepenuhnya kepada Tuhan Yesus untuk pertolongan. Oleh itu marilah kita terus meletakkan kepercayaan kita sepenuhnya kepada Tuhan untuk pertolongan.


Doa: Tuhan, ajarlah aku untuk percaya kepada-Mu. Walaupun aku menghadapi berbagai halangan, namun ajarlah aku untuk terus percaya kepada-Mu untuk pertolongan. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page