top of page

Kerana Wang, Yudas Mengkhianati Yesus

ree

Mereka gembira lalu berjanji memberikan wang kepadanya.  Lukas 22:5 AVB

 

Iblis pun memasuki Yudas Iskariot, seorang daripada dua belas orang murid Yesus. Lalu dia pergi bertemu dengan ketua-ketua imam dan pengawal Bait Suci untuk membincangkan bagaimana dia dapat mengkhianati Yesus dan menyerahkan-Nya kepada mereka.

 

Sewaktu pertemuan Yudas Iskariot dengan para ketua imam dan ketua pengawal Bait Suci, dia bertanya kepada mereka, “Apakah yang sanggup kamu berikan kepadaku kalau aku serahkan Dia kepadamu?” Pertanyaan Yudas ini secara tidak langsung menunjukkan hati Yudas dikuasai tamak haloba akan wang.

 

Apabila para ketua imam dan ketua pengawal Bait Suci mendengar tawaran yang dikemukakan oleh Yudas kepada mereka, betapa gembiranya hati mereka. Dengan segera mereka bersetuju menerima tawaran Yudas. Mereka berjanji untuk memberikan wang kepada Yudas, lalu mereka mengira tiga puluh keping wang perak sebagai upah untuk Yudas.

 

Sesudah Yudas menerima tiga puluh keping wang perak, dia pun mula mencari peluang untuk mengkhianati Yesus. Dia mahu menyerahkan Yesus kepada para ketua imam dan ketua pengawal Bait Suci tanpa diketahui oleh orang ramai.

 

Bagaimanakah dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita siap untuk mengkhianati dan menjual Yesus demi kepentingan diri kita dan demi wang ringgit seperti Yudas? Berapakah harga Yesus dalam hidup kita pada hari ini?

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, teguhkan imanku agar aku tidak akan tergoda dengan tawaran dunia ini untuk menjual Yesus. Tolonglah aku untuk tetap taat setia kepada-Mu dengan sepenuh jiwa raga. Biarlah kasihku kepada-Mu semakin hari semakin kuat. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page