Kerinduan Hati, Mendorong Untuk Berusaha
- Komuniti Digital 05

- 11 minutes ago
- 1 min read

'Di situ ada seorang yang bernama Zakheus. Dia ketua pemungut cukai dan sangat kaya. Dia cuba hendak melihat siapa Yesus itu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana orang terlalu ramai dan dia pendek orangnya. ' (Lukas 19:2-3) AVB
Zakheus merupakan seorang ketua pemungut cukai yang kaya, seorang yang dianggap najis oleh orang Farisi. Namun dia memiliki satu kerinduan yang menguasai seluruh hatinya, iaitu untuk melihat Yesus. Ketika dia ingin memenuhi kerinduan hatinya ini, dia menghadapi beberapa halangan, baik secara jasmani mahupun daripada orang sekeliling.
Walaupun dia menghadapi halangan secara fizikal dan juga daripada orang ramai, namun semuanya tidak membuat dirinya putus asa untuk berusaha mencapai kerinduannya. Dia meletakkan keinginannya untuk melihat Yesus melebihi segala perkara dalam hidupnya.
Oleh kerana kerinduan hatinya untuk melihat Yesus melebihi segalanya, halangan jasmani dan luaran tidak lagi menjadi penghalang untuk dia terus berusaha mencapai keinginan hatinya. Oleh itu dia terus berusaha.
Semangatnya untuk mengejar dan memenuhi kerinduan hatinya tidak pernah padam walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan, sebab dia telah meletakkan kerinduan hatinya mengatasi segala perkara dalam hidupnya.
Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kerinduan yang ada dalam hati kita saat ini?
Doa: Tuhan, biarlah kerinduan untuk mengalami kuasa-Mu secara peribadi menjadi yang terbesar dalam hidup aku. Hidupkanlah hati yang rindu untuk mengalami kuasa-Mu dalam hidup ini. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments