Kita Adalah Warga Umat Allah dan Anggota Keluarga Allah
- 3 days ago
- 1 min read

“…Oleh itu, sekarang, kamu bukan lagi orang asing dan pendatang, tetapi sesama warga negeri dengan orang yang salih dan ahli-ahli keluarga Allah.”
Efesus 2:19 (AVB)
Oleh kerana Kristus Yesus telah menyerahkan hidup-Nya untuk dikorbankan di atas kayu salib, maka semua orang yang percaya kepada-Nya telah menjadi warga umat Allah dan anggota keluarga Allah. Hal ini terjadi kerana mereka telah menyerahkan seluruh kehidupan mereka hanya kepada Tuhan Yesus Kristus.
Oleh yang demikian, mereka bukan lagi pendatang atau orang asing di dalam Tuhan, tetapi mereka sebenarnya telah menjadi sesama warga umat Allah dan anggota keluarga Allah. Mereka ialah warga umat Allah dan anggota keluarga Allah yang telah disucikan melalui kematian Tuhan Yesus.
Melalui kematian Tuhan Yesus Kristus, semua orang yang percaya kepada-Nya telah didamaikan dengan Allah Bapa serta dipulihkan. Oleh itu, mereka menjadi anggota kerajaan Allah yang hidup di bawah pimpinan Roh Kudus dan hukum-hukum Allah sehingga mereka menjadi saudara antara satu sama lain.
Dengan itu, sebagai anggota keluarga Allah, melalui Kristus Yesus, semua orang telah didamaikan dengan Allah. Oleh itu, sebagai anggota keluarga Allah, mereka sekarang hidup sebagai tempat kediaman Roh Allah.
Doa: Tuhan Yesus, terima kasih kerana mati bagi aku. Oleh kerana kematian-Mu, maka aku didamaikan dengan Allah dan sesama manusia. Tuhan, ajar aku untuk memahami bahawa Engkaulah Tuhan yang telah memulihkan hidup aku. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie




Comments