top of page

Kita Diselamatkan Oleh kerana Anugerah-Nya

Aug 21, 2024
1 min read

“…Hal itu demikian, kerana Allah sudah menunjukkan rahmat-Nya untuk menyelamatkan umat manusia…” Titus 2:11


Paulus memberitahu kita bahawa oleh kerana kasih karunia Allah, kita diselamatkan oleh Tuhan. Anugerah Tuhan telah mengajar kita cara hidup yang sesuai dengan kehendak-Nya dan menjauhkan diri dari kejahatan yang sering dilakukan oleh dunia.


Dengan anugerah-Nya, kita telah diajar bagaimana menjalani kehidupan kita di dunia ini, iaitu dengan hidup yang bijaksana, adil, beribadah, dan mengikuti jalan yang benar; dengan melayani-Nya dan meninggalkan segala kefasikan serta keinginan duniawi.


Ingatlah bahawa kita diselamatkan oleh Tuhan Yesus daripada hukuman dosa, oleh kerana anugerah-Nya yang besar kepada kita. Dengan itu, kita harus terus melayani Dia dengan segenap hati, menyerahkan seluruh hidup kita kepada-Nya.

Oleh kerana anugerah-Nya, kita hidup hari ini.


Doa:

Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, mengucap syukur kepada-Mu atas kebaikan-Mu dan kasih-Mu. Ajar saya untuk terus bersyukur kepada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Related Posts

See All
Kita ialah Umat Allah

“ Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih.” Efesus 5:3 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Ef

 
 
 
Hidup Kita Harus Dijiwai oleh Kasih

“Hiduplah dalam kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita dan menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah.” Efesus 5:2 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Efes

 
 
 
Hiduplah Mengikut Teladan Yesus

“Oleh itu, ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang dikasihi.” Efesus 5:1 (AVB) Jemaat di Efesus telah menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat serta menjadi anak-anak Allah yang dikas

 
 
 

Comments


bottom of page