top of page

Kuasa TUHAN Memberi Kemenangan


Pemazmur berkata kepada kita bahawa Tuhan tidak akan membiarkan diri-Nya mati atau dihukum dengan berat, tetapi Dia memberikan kepadanya hidup. Dengan itu, dia boleh menceritakan segala perbuatan Tuhan di dalam hidupnya kepada semua orang.


Walaupun pemazmur diserang oleh musuh-musuhnya dengan sangat sengit dan hampir membuat dirinya jatuh, namun TUHAN sentiasa menolong dirinya dengan menyelamatkan dirinya daripada ancaman musuhnya. Sebab Tuhan adalah kekuatan dan pujaannya.


Itulah sebabnya pemazmur berkata kepada kita bahawa oleh kerana "...kuasa TUHAN yang memberikan kemenangan kepadanya, TUHAN melakukan perbuatan yang perkasa!" (Mazmur 118:16)


Pemazmur tahu bahawa setiap kemenangan yang dialaminya sepanjang hidupnya semuanya datang daripada Tuhan dan bukan datang daripada dirinya sendiri. Itulah sebabnya sorakan kemenangan kedengaran di dalam kemah-kemah umat-Nya kerana, "TUHAN melakukan perbuatan."


Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah Anda melihat sesuatu yang Anda lalui di dalam hidup ini datangnya daripada Tuhan atau daripada usaha kita sendiri? Ingat, pemazmur menikmati kemenangan demi kemenangan di dalam hidupnya oleh kerana Tuhan yang bersama dengannya.


Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, sekiranya kita meletakkan Tuhan yang utama di dalam kehidupan kita, pasti kita akan mengalami hal yang sama. Kemenangan demi kemenangan pasti kita akan nikmati sepanjang perjalanan hidup kita di dunia ini, sebab Tuhan berpihak kepada kita.


Mahukan Anda menikmati hal ini dalam hidup Anda hari ini... Filipi 4:13 "...Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan."


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, menyerahkan seluruh hidup saya kepada-Mu, pakailah hidup saya untuk memuliakan nama-Mu. Di dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page