top of page

Layanilah Secara Berpasukan


Setelah itu, Tuhan memilih tujuh puluh orang pengikut lain dan menyuruh mereka pergi berdua-dua mendahului-Nya ke setiap bandar dan tempat yang akan dikunjungi-Nya. 

Lukas 10:1 AVB

 

Tuhan Yesus memanggil para pengikut-Nya datang kepada-Nya, lalu Dia memilih tujuh puluh dua orang daripada mereka untuk diutus ke pelbagai bandar dan tempat. Setelah  tujuh puluh dua orang pengikut-Nya itu dipilih, Dia menyuruh mereka pergi berdua-dua mendahului-Nya ke setiap bandar dan tempat yang akan dikunjungi-Nya. Selain itu, Yesus mengutus mereka dengan memberi mereka kuasa untuk melakukan mukjizat dan keajaiban serta mengkhabarkan berita baik di merata-rata tempat yang  hendak ditujui-Nya kemudian.

 

Pada hakikatnya, Yesus mengutus mereka berdua-dua supaya mereka dapat  menguatkan dan mendorong satu sama lain. Berdua lebih baik daripada bersendiri. Sekiranya salah seorang jatuh, maka yang lain akan membantunya untuk berdiri semula. Inilah sebabnya Dia mengutus mereka berdua-dua agar mereka dapat melayani dengan lebih berkesan di tempat-tempat mereka diutus.

 

Pendeknya, kita akan dapat menyempurnakan pelayanan yang diamanahkan kepada kita dengan lebih mudah, cepat dan baik jika kita mengerjakannya secara berdua-dua. Dengan itu, marilah kita melayani secara berpasukan dan bukan seorang diri.

 

Ingatlah bahawa “Dan orang yang bersendirian dapat ditewaskan, dua orang dapat bertahan. Tiga utas tali yang dipintal memang tidak mudah  diputuskan.”  Pengkhutbah 4:12 AVB

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku berterima kasih kepada-Mu atas rakan-rakan sepelayanan yang ada bersamaku. Berilah aku hikmah dan kebolehan untuk melayani bersama-sama sebagai satu pasukan demi kemuliaan-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page