top of page

Mahukah Anda Menjadi Orang Yang Berbahagia


Pemazmur berkata kepada kita bahawa orang yang hidup taat kepada Tuhan dan hidup menurut perintah Tuhan adalah orang yang berbahagia. Kata “..berbahagia..” bermakna “..yang diberkati “ atau “..yang akan diberkati..”.


Mereka diberkati oleh Tuhan kerana mereka menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan dan hidup menurut jalan yang ditunjukkan oleh-Nya. Sebab didalam mereka ada roh yang sentiasa menghormati Tuhan dan sentiasa tunduk kepada kehendak Tuhan.


Oleh itu mereka memiliki roh yang sentiasa menghormati dan sentiasa tunduk kepada kehendak Tuhan maka Tuhan memberkati mereka dan akan tetap memberkati mereka pada hari ini dan sampai selama-lamanya.

Itulah sebabnya pemzamur berkata kepada kita bahawa “...orang yang berbahagia adalah orang yang taat kepada Tuhan dan hidup menurut perintah-Nya.maka hasil jerih payah mereka akan sentiasa mencukupi keperluan mereka; dengan itu mereka akan berbahagia dan makmur untuk selama-lamanya....” (Mazmur 128:1-2)


Dengan itu sebuah pertanyaan untuk kita renungkan bersama-sama “..apakah saya atau anda mahu diberkati dan akan diberkati Tuhan pada hari ini atau pada hari akan datang..”? marilah kita menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan dan hidup menurut jalan yang ditunjukkan oleh-Nya kepada kita.


Apa yang pasti jika kita hidup takut akanDia dan hidup meurut perintah-Nya maka berkat Tuhan akan kita alami baik hari ini atau hari akan datang? Oleh itu dengar ajar pemazmur kepada kita untuk memperolehi berkat, hiduplah takut akan Allah dan taat kepada-Nya.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan mengucap terima kasih kepadaMu kerana mengajar saya untuk hidup menurut perintahMu dan menghormatiMu selama saya hidup didunia ini,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Related Posts

See All

Kasih Tuhan Tidak Berubah

“...Sebab biarpun gunung-gunung beranjak dan bukit-bukit bergoyang, tetapi kasih setia-Ku tidak akan beranjak dari padamu dan perjanjian damai-Ku tidak akan bergoyang, firman TUHAN, yang mengasihani e

Dia Tuhan Yang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b Oleh kerana mereka t

Comments


bottom of page