top of page

Maria Memilih Perkara Baik

ree

“Tetapi satu perkara sahaja yang diperlukan. Maria telah memilih perkara baik itu yang tidak akan diambil daripadanya.” Lukas 10:42 AVB

 

Setelah Yesus menegur sikap Marta, Dia memperingatkannya tentang perkara yang sangat penting bagi hidupnya. Sambil membuat perbandingan antara Marta dengan Maria, Yesus berkata kepada Marta bahawa Maria telah membuat pilihan yang terbaik bagi dirinya, yang tidak akan diambil daripadanya oleh sesiapa pun.

 

Maria duduk dengan tenangnya di kaki Tuhan Yesus demi mendengar ajaran-Nya dengan sepenuh hati. Maria hanya menumpukan seluruh perhatiannya kepada kata-kata Tuhan Yesus tanpa mempedulikan hal-hal lain. Dengan segenap jiwa raga dia mendengar kata-kata Tuhan Yesus. Pendek kata,  dia langsung tidak mahu ketinggalan satu patah kata pun yang disampaikan oleh Tuhan Yesus.

 

Perkara ini merupakan yang terbaik bagi Maria kerana dia telah memilih untuk mengabdikan diri dengan sepenuh hati kepada Tuhan Yesus. Maria tidak menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang tidak penting dalam hidup. Dia cuma menyibukkan diri untuk mendengar Firman Tuhan.

 

Nyatalah bahawa kita harus bijak menghadapi segala perkara dalam hidup ini agar kita tidak sesal pada hari akan datang atas pilihan atau keputusan yang kita buat. Sesungguhnya, kita harus mengenal pasti apa yang terbaik bagi hidup kita hari ini agar kita tidak menyesali tindakan kita kemudian hari.  

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga,  ajarlah aku untuk menjadi bijak dalam hidupku dan mengenal pasti apa yang baik untuk hidupku agar pada suatu hari nanti aku tidak menyesali pilihan atau keputusan yang  telah aku buat. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page